Thursday, June 30, 2011

Hiasi DIRI


Tak perlu mencari teman secantik Balqis
Andai diri tak seindah Sulaiman
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf
Jika kasih tak setulus Zulaikha
Tak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim
Jika tak sekuat Sarah
Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah
Andai diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W

Wednesday, June 29, 2011

Tutorial letak button LIKE dalam BLOG


Meletakkan button 'like' dalam blog dapat memberi gambaran secara kasar sama ada penunjung anda menyukai entri yang ada di blog anda. Selain itu, penggunaan button 'like' ini juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan trafik blog anda.

 
Cara-cara untuk meletakkan button like ini adalah seperti berikut.


1. Login akaun blogger, dari dashboard > design > edit HTML > expand widget templates


2. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod berikut.


 <data:post.body/>





3. Kemudian copy kod ini, dan paste di bawah kod yang anda cari di langkah 2.


<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show_faces=false&amp;width=100&amp;action=like&amp;font=arial&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px; height:40px;'/>


contoh:

4. Save dan lihat hasilnya.:)

credit to this blog

Tuesday, June 28, 2011

Liga SUPER

mengaum lapar sang SINGA UTARA,
sang KENARI terbang membelah awan
gagah SELADANG ibarat badang,
laju HARIMAU KUMBANG ibarat pejuang,
dahaga THE RED WARRIORS kerana darah,
tangisan PENYU kerana maruah,
GERGASI MERAH marah membara,
tanduk sang RUSA kerana perkasa,
bisa Si Jengking bukan kepalang,
lincah HANG TUAH si pahlwan bangsa ,
tenang-tenang Si BUJANG SENANG,
amuk TOK GAJAH kalau di usik,
lalu sang BADAK gerun melanda

Monday, June 27, 2011

Selamat Ulang Tahun KELAHIRAN


Selamat menyambut Ulang tahun Kelahiran kepada kawan kawan yang lahir pada bulan Jun ini yakni sama dengan bulan kelahiran aku erk…


Hope korang panjang umur dan dimurahkan rezeki serta dirahmati Allah selalu hendaknya…


Nanti kita celebratye sama nak..haha..tapi korang la yang sponsor..ala,bukan besar besaran pom…just buat kat hotel 5 bintang , lepas tu bagi hadiah Ferrari dengan PS3 & IPAD 4 kat aku sebijik sorang,.senang kan..hik3









SEPAH adalah Maharaja Lawak



Tahniah kepada kumpulan SEPAH kerana telah menjuarai program MAHARAJA LAWAK. Tak lupa juga kepada JOZAN di tempat kedua, NABIL di tempat ke 3 dan JAMBU di tempat terakhir.
Ternyata persembahan kumpulan SEPAH yang amat hebat telah melayakkan mereka menjuarai program ini dan seterusnya membawa pulang wang tunai sebanyak                  RM 350 000…banyak tuh..
Jozan pula membawa pulang wang tunai 250 000, Nabil 150 00 dan JAMBU 50000. KEsimpulannya…
SEPAH  350000/3 = 116 666 seorang
Jozan   250000/2 =125000 seorang
Nabil = 150 000 seorang
Jambu  50000/2 =25 000 seorang….

So, NABIL lah yang paling kaya..hik3..

Sunday, June 26, 2011

FINALIST Imam Muda



 
Dilahirkan pada February 17, 1985
Seorang Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat. Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu. Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang. Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan. 

Seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.


Dilahirkan pada June 20, 1985
Salah seorang peserta Imam Muda II Astro, Imam Muda Nazrul Izwan..Seorang anak kelahiran Segamat, Johor..Nama penuh beliau ialah Nazrul Izwan bin Zolkiflee..Beliau berkelulusan Diploma Pengajian Islam dari Kolej Pengajian Islam dan Dakwah..Kini, beliau merupakan seorang Guru Besar di Sekolah Rendah Agama Rakyat Nur Al-Syahadah, Taman Terus Maju di Perak..
Beliau seorang yang peramah dan bertanggungjawab kepada masyarakat, hal ini terbukti dengan pelantikan beliau sebagai Rukun Tetangga bagi Seri Manjung IV (Fasa 3C)..Beliau juga sering menjadi Imam bagi surau serta masjid di sekitar Seri Manjung umumnya..
Beliau juga sentiasa memenuhi jemputan ceramah motivasi, kelas pengajian Al-Quran, ceramah umum yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat, pengerusi majlis, pengacara majlis dari Perak sehingga ke seluruh Malaysia, beliau sentiasa berusaha memenuhi setiap jemputan yang dikemukakan..

subhanallah, semoga Allah tetapkan hati mereka di jalan keredhaan-Nya


Saturday, June 25, 2011

IMAM MUDA - Minggu Kesembilan (SEPARUH AKHIR)


Tema : Warga Emas


Kedudukan Imam Muda pada minggu yang kelapan  :

1.     Imam Muda Fakhrul
2.    Imam Muda Nazrul
3.    Imam Muda Hassan
4.    Imam Muda Azlan
5.      Imam Muda Amar


Tugasan Mingguan :

Pada minggu yang kesembilan ini. Para imam muda menerima tugasan untuk bersama sama menyelami persaan warga emas yang terlantar di Rumah Ehsan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kuala Kubu Baru. Pada permulaan medan Imam Muda, imam muda fakhrul dan imam Muda Hassan mengalunkan ayat ayat suci Alquran dan bebricara mengenai kehidupan di hari tua.

Murshid menjawab pertanyaan Imam Muda Hassan mengenai pendekatan terbaik semasa bersama warga emas ini yang mana imam Muda berfungsi sebagai anak kepada warga emas ini. Maka, senanglah para imam Muda menyelami perasaan warga emas ini apabila mereka mengganggap Imam Muda seperti anak mereka sendiri.

Maka, setiap seorang imam Muda menerima seorang ayah angkat yang berlainan latar belakang hidup mereka. Imam Muda memberi hadiah kepada setiap warga emas yang menghuni di rumah Ehsan sambil diselangi panggilan AYAH dan senyuman. Dan jelas terpancar riak kegembiraan di wajah mereka untuk hadiah dan panggilan tersebut.


Bagaimana Imam Muda menjalankan tugasan yang diberi :

Imam Muda Amar menerima ayah angkat yang berasal dari kota Bharu. Ayah angkat nya merupaka seorang graduan daripada Universiti Malaya pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Malang nya, ayah angkatnya jatuh sakit dan terlantar di rumah orang tua pada waktu kini.
Manakala, Imam Muda Azlan bersama sama dengan ayah angkatnya membaca ayat ayat suci al Quran. Kemudiannya, doa dibacakan oleh ayah angkatnya memohon kesejahteraan hidup dunia dan akhirat bagi dirinya,Azlan dan kaum muslimin. Ayah angkat Azlan merupkan seorang yang ceria dan suka bercerita tapi sering mengelak jika ditanyakan mengenai keluarganya.

Imam Muda fakhrul menerima ayah angkat yang berasal dari Melaka, Ayah angkatnya menyatakan bahawa dia seronok berada di rumah Ehsan kerana mempunyai ramai kawan walhal matanya mempunyai seribu satu makna  yang mana dia berasa sedih kerana anaknya sudah lama tidak menjenguknya.

Ayah angkat Imam Muda Nazrul merupakan seorang yang ceria dan amat suka berkaraoke. Tapi malangnya, ayah angkat nya ditimpa kemlangan dan ayah angkat nya mengakui ia berpunca dari kelalaian nya sendiri dan asyik kepada hiburan semata mata.

Manakala, Imam Muda Hassan menerima ayah angkat yang telah diabaikan oleh keluarganya.Anaknya hampir setahun tidak menejnguk ayahnya di Rumah Ehsan. Imam   Muda Hassan menyeru kepada semua anak anak agar menghargai ibu bapa semasa mereka masih hidup kerana kita kan berasa bernilai nya akan ibu bapa kita tika mereka sudah tiada nanti.




Hujah di medan Imam Muda

Medan imam Muda pada kali ini telah diacarakan oleh Fahrin Ahmad yang menggantikan ustaz Dzul yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ternyata, fahrin ahmaf bijak mengacarakan medan Imam Muda dan merupakan salah seorang pengganti yang amat baik sekali.

Imam Muda Amar menjelaskan pendekatan terbaik untuk menyelami warga emas iaitu  melalui kaunseling interpersonal yang mana pembelajaran dari face to face. Nasihatilah mereka supaya bersabar dan berdakwah kepada mereka.

Imam Muda Azlan menggunakan 1 dari 3 pendekatan kaunseling interpersonal iaitu pendekatan cognitive. Maka tumpuan pemikiran akan mempengaruhi emosi, perasaan dan tingkah laku. Maka, warga emas akan lebih selesa dengan Imam Muda dan akan menceritakan segala galanya kepada Imam Muda dari aspek kesedihan mahupun keceriaan hidup mereka.

Imam Muda Nazrul membaca petikan al Quran dalam Surah Al Isra ayat 23, yang mana beliau menegaskan seorang anak tidak boleh berkat AH kepaada kedua ibu bapa mereka, inikan pula menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua. Lagi derhalkalah anak tersebut kepada ibu bapa mereka. Imam Muda nazrul menyeru kepada anak anak yang menghantar ibu bapa mereka di rumah orang tua supaya mengambil balik ibu bapa mereka dan berbakti kepada kedua dua mereka selagi mereka masih hidup.

Imam Muda Hassan berhujah yang mana konsep bersyukur kepada ibu bapa iaitu sentiasa mengasihi dan menyayangi serta menghormati mereka. Beliau menambah, kadang kadang Allah memberi apa yang kita tidak mahu dan Allla tidak memberi apa yang kita mahu. Dan, ada hikmah disebaliknya.

Imam Muda Fakhrul menghuraikan akan maksud ayat 23 surah al isra yang mana selepas Allah mengarahkan jangan menyembah selain Allah, Allah terus mengrahkan berbakti kepada ibu bapa. Maka, hendaklah anak membuat baik kepada ibu bapa dari semua aspek. Ini kerana, ada kaitan antara ibadah dengan berbuat baik kepada ibu bapa.


Soalan imam Muda

1.   Apakah kewajipan solat kepada orang tua yang uzur ?
-       Wajib menunaikan solat mengikut kemampuan.

2.  Adakah orang yang tua yang nyanyuk wajib bersolat?
-       Tidak wajib ketika dia berada dalam keadaan nyanyuk.

3.  Apakah yang dimaksudkan dengan taubat ?
-       Taubat bermaksud meninggalkan dosa. Ia merupakan cara terbaik bagi seseorang memohon kemaafan atasa kesalahan yang telah ia mengaku kesalahannya.

4.  Nyatakan 3 ciri cirri taubat nasuha.
-       Penyesalan atas dosa yang telah lalu
-       Mengganti semula malan fardhu yang telah ditinggalkan.
-       Berazam untuk tidak mengulangu kesalahan.

Pengakhiran medan imam Muda

Pada pengakhiran Imam Muda, dua Imam Muda yang Berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir pada minggu hadapan setelah dinilai dari segi peperiksaan teori dan praktikal adalah



IMAM MUDA HASSSAN 





IMAM MUDA NAZRUL. 


Tahniah kepada kedua dua imam muda ini. Andalah Imam mUda yang kami cari. Manakala, Imam Muda fakhrul, Amar dan Azlan menamatkan perjlaanan mereka pada peringkat minggu kesembilan. 

Kedududukan imam Muda pada minggu ini adalah :


1.     Imam Muda Hassan
2.    Imam Muda Nazrul
3.    Imam Muda Amar
4.    Imam muda Fakhrul
5. Imam Muda Azlan
 



     Resolusi Imam Muda
·         Menggesa kepada anak anaka supaya mengambbil tanggungjawab menjaga ibu bapanya ketika usia tua.
·         Menggesa kepada ibu bapa menjalankan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak supaya mengenang jasa mereka apabila menjelang usia tua.
·         Masyarakat seharusnya lebih menghargai warga emas kerana banyaknya sumbangan mereka kepada agama, bangsa dan Negara.
·         Masyarakat tidak seharusnya menyisihkan warga emas malah menjadikan mereka sebagai sumber inspirasi yang berharga.

Wednesday, June 22, 2011

saya BERUMUR 21 tahun



Tepat pukul 12 malam pada 23 jun 2011, maka dengan rasminya aku kini telah berumur 21 tahun. Kiranya dah 21 tahun aku hidup kat dunia yang indah ini. Apa yang istimenya dengan angka 21 ni? Ini bermakna aku dah boleh MENGUNDI untuk PRU, wah tak sabar rasanya nak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat di Negara ini.
Tapi kan, pemerintah mana yang aku patut pilih?. Semestinya, aku akan pilih atas dasar keperibadian calon yang bertanding dahulu, bukan berdasarkan atas mana mana parti politik. So, kalau lah calon tuh mampu mentadbir kawasan dun nya dengan baik dan berasaskan ISLAM. Maka, secara otomatiknya dialah calon pilihan aku..senang kan???
Sebenarnya, tak ada benda yang menarik time birthday aku ni. Tak pernah pulak aku sambut birthday aku, eh, pernah gak. Tu pun my family just beli kek, and kitorang makan satu family. Simple kan..x ada lah sampai nak ajak satu negara..hahaha…
Yang penting ialah ucapan dari kawan kawan yang setiap tahun yang sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagiaan. Thanks all kawan kawan aku. Very x3 appreciate it..
Dengan angka 21 pulak, ia bererti aku sudah semakin dewasa. Tapi aku masih terkilan akan kelakuan ku.Adakah kelakuanku ini padan atau setara dengan angka 21 atau aku masih di takuk belasan tahun. Mungkin orang lain yang ada jawapan. So, tolonglah bagitahu aku erk..sangat2 nak mengetahui…
Yalah kan, kalau orang wish birthday, mostly kan selitkan, “be a matured”. Haha, itu maknanya aku x matured lagi la sebelum ni. Maaf yer, bukan tak matured, tapi masih tak boleh terima hakikat yang aku dah DEWASAtapi bukan tua erk..hahaha
So, aku berharap untuk angka yang ke 21 ni, aku
·         masih boleh menikmati keindahan dunia

·         masih berpeluang membalas jasa MEREKA yang tak jemu2 menyokong aku dari belakang

·         masih sempat untuk mengubah kesilapan dulu

·         masih mampu untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi dan

·         mampu membahagiakan MEREKA yang amat penting dalam hidup aku.



Sekolah Menengah Kebangsaan AGAMA Tok Bachok


Sangat sangat rindu dengan sekolah ini
Sekolah yang mana melahirkan pelbagai generasi pelajar yang gemilang
Tapi, kalau pergi sekolah ini lagi..
Siapa yang masih aku kenal,aku ingat erk?
Dah ramai cikgu yang pindah, just ada segelintir je yang masih mengajar kat situ
Tapi, kalau lah aku berpeluang datang kat sekolah ini
Orang yang paling aku nak jumpa tak lain tak bukan
CHE SU & AYAH SU iaitu merangkap tauke Kantin SMKATB, seorang yang amat baik dengan para pelajar, dan yang paling penting, sporting sangat2..hak3..
benarlah erk kata orang, pengalaman yang paling tak boleh dilupakan iaalah pengalaman masa sekolah menengah..
yalah kan, mana tak nya, dah lima tahun belajar kat situ, so lima tahun la kita jumpa kawan yang sama, so automatik la dia akan jadi kawan kita yang paling bauk

p/s : apasal blog x boleh upload gambar erk..macam2 hal...baru nak tunjuk my gorgeous schcool..hahah