Tuesday, July 12, 2011

semoga cepat SEMBUH KAWAN


Petang tadi, aku dapat berita yang agak mengejutkan yang kawan aku, PESA  sekarang ni ada kat HUSM dalam keadaan kritikal disebabkan ada jangkitan kuman kat otak. Terkejut la jugak, sebab aku baru je jumpa dengan dia kat Mydin Kubang Kerian minggu lepas. Tak sangka jugak dia kerja kat situ waktu tu.Sempat la jugak bergurau dengan dia..
Aku berdoa agar Pesa cepat cepat sembuh dan dapat meneruskan perjalanan hidup seperti biasa. Sama sama lah kita berdoa kepada Allah supaya menyembuhkan sakit yang dihadapi oleh Pesa ini. Beliau ada kat wad 2 Delima HUSM
Kepada yang mengenali Pesa, teruskan berdoa agar beliau sihat senantiasa. Aminn…
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya besarnya pahala itu setimpal dengan kekuatan ujian. Sesungguhnya Allah, sekiranya Dia cinta kepada sesuatu kaum Dia akan menguji mereka.” H.R al-Tirmidhi – Hukumnya Sahih (Sahih al-Jami’No. 992)

No comments:

Post a Comment