Monday, July 16, 2012

Medan Imam Muda 3 Ep.1 : Tak Kenal Maka Tak Cinta






Perjalanan 10 Imam Muda untuk musim yang ketiga melangkah setapak lagi. Buat pertama kali mereka berkumpul di studio Medan untuk sesi penilaian, rumusan dan mungkin penyingkiran. Namun untuk minggu yang pertama, sesi yang penting bagi mana-mana "usrah" telah dilakukan iaitu sesi pengenalan atau "ta'aruf". Setiap seorang daripada mereka diperkenalkan kepada umum secara terperinci.

Medan Imam Muda kali ini juga memperkenalkan mereka kepada tugasan mingguan yang baru iaitu pengurusan masjid. Setiap minggu, selain daripada tugasan utama yang diberikan, mereka juga akan menjalani tugasan pengurusan masjid di lokasi-lokasi berbeza setiap minggu.
Kelainan yang dibawa dalam Imam Muda Musim ketiga ini juga adalah pengenalan kepada Naqib yang akan membimbing secara khusus setiap seorang daripada Imam Muda ini. Setiap Imam Muda diberikan seorang Naqib yang terdiri daripada barisan Imam Muda daripada musim pertama dan kedua.

Dalam Medan Imam Muda Musim Ketiga Episod yang pertama, tiada sebarang isu dan tema yang dibincangkan. Ianya hanya berkisah tentang diri dan masalah Imam Muda sendiri. Tema yang dipilih pada kali ini ialah Komunikasi Kekeluargaan, justeru Imam Muda juga tidak terlepas daripada terlibat dengan isu-isu yang dibincangkan ini.

ANTARA KISAH-KISAH IMAM MUDA

IM Omar memberitahu bahawa beliau sebenarnya ‘melarikan diri’ daripada keluarga semata-mata untuk menyertai Imam Muda. Mengapa? Kerana beliau tidak mendapat restu daripada keluarga untuk ke Medan Imam Muda. Adakah tindakan ‘melarikan diri’ tersebut salah di sisi agama? Hal ini telah diulas oleh Mudir Imam Muda, Dato’ Hassan Mahmud di dalam Medan ini.

IM Faris pula berkongsi kesedihan dengan bercerita tentang anaknya Aisyah yang bakal dibedah tidak lama lagi. Kerinduan dan kerisauan seorang ayah (IM Faris) yang tidak dapat bersama dengan isteri untuk menjaga anaknya membuatkan kami semua menitiskan air mata.


Antara babak yang menyentuh hati penonton ialah sewaktu anak IM Faris membacakan doa kepadanya dalam panggilan telefon yang disambungkan khas dalam Medan tersebut. Semua IM sangat tersentuh dan menangis ketika itu termasuklah IM Jabar yang juga seorang ayah kepada 2 orang cahaya mata.

Turut mengambil perhatian ialah IM Nasir, beliau dikenali sebagai seorang yang sangat cepat menitiskan air mata di kalangan Imam Muda dan Krew Penerbitan. Apabila berbicara tentang ibunya, pasti beliau sebak dan menangis. Saya sendiri ketika bertemu dengan keluarganya di Pengkalan Susu Indonesia, turut berasa sebak ketika saat perpisahan IM Nasir dan keluarga sebelum berangkat ke Medan Imam Muda yang penuh dengan perasaan. Maklumlah, ibu mana yang tidak sebak apabila anaknya ingin berjuang di tempat orang.
Itulah di antara kisah yang dapat dikongsikan. Sesungguhnya setiap daripada kita mempunyai kisah tersendiri yang mungkin mampu untuk memberi kesan yang baik kepada orang lain.
Wallahua’lam.
Sumber : Di Sini

Friday, June 1, 2012

10 IMAM MUDA musim KETIGA





IMAM MUDA ADAN


IMAM MUDA ARRAZI

IMAM MUDA FARIZ

IMAM MUDA HAFIZ

IMAM MUDA JABAR

IMAM MUDA MEGAT

IMAM MUDA NAIM

IMAM MUDA NASIR

IMAM MUDA NAUFAL

IMAM MUDA OMAR




Wednesday, January 25, 2012

Foreigner's Conversation

Kalau ada foreigner yang sesat jalan, aku memang nak sangat cakap ngan diorang. Bukan nak menunjuk nunjuk, tapi  Barulah boleh test EnglishLanguage  aku ni. Cakap dengan sama sama melayu, mana lh guna English kan?  

Then, pelauang tiba bila aku dapat assignement untuk make a short ceonversation with that foreigner.  So, It is the First time i have to make a short conversation with the foreigner.





 Mula2, memanag confident gila lah nak bebrbual ngan diorang, tapi bila dah start. Hampehh.. memang diakui, diorang memang friendly, tapi aku ni yang problem. Haha, tiba je kelu lidah tanpa suara, last2, aku just dengar apa yang diorang cakap the aku just anggguk je.

Tapi yang paling best, diotang ni frindly giler. Sempat gak bagi direction kat diorang yang nak pergi ke Pasar Siti Khadijah


 Tak ingat nama mereka, yang aku tau, kiri sekali dari France, tengah dari England yang lelaki tuh dari Holland. Yang best nyer, diorang datang secara indiidu n jumpa kat Malaysia ni and the decide to travel together.
Yang pelik lagi, dah 6 bulan diorang kat Malaysia.. x nak balik rumah ke? Hahaha


Tak Layakkah Aku??


Sometimes, orang kat sekeliling kita selalu underestimate kita. Tak kira dari segi kemampuan kita atau pun dari aspek yang lain. Yang penting, segalannya dilihat dari segi luaran. Seingat aku, dua kali orang bagi persoalan tentang kemampuan aku. Menyangkal apa yang aku ada & don’t believe what I have got it.
   
Seingat aku, tahun lepas ada lah aku pergi gunting rambut kat satu kedai nih, then ada seorang lagi customer yang aku selayaknya aku paggil pak cik sedang tunggu turn. Then, tukang gunting tanya aku bila nak pergi Uitm.?  Aku cakap la petang esok aku gerak la. Tahu tak apa yang customer yang tengah tunggu turn tuh cakap?

“biar betul, muka macam ni pun boleh masuk university..?”

Damn!! Tak tahu nak cakap apa, Cuma dalam hati terdetik, aku ni tak layak ke? Dah13 tahun aku belajar kat tadika,sek rendah n menengah, takkan aku x layak nak masuk universiti…?
Satu lagi masa lepas result SPM kuar. Alhamdulilah aku dapat 8A. then, masa aku g semayang kat surau kampong aku, pak  imam tanya dapat berapa spm ? Aku cakap la Alhamdulilah dapat 8A. Nak tau apa seorang jemaah yang ada kat situ cakap?

“betul ke A untuk 8 subjek? ke dapat 8 kredit “?

Ni sorang lagi, apalah masalah aku pun tak tahu. Macam macam hal. Yang penting, aku dah buat sehabis baik sama ada masa sekolah or masa kat university. Then, Im satisfy with myself.

Wednesday, September 7, 2011

cara jadikan roomate anda GILA



1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.