Wednesday, August 24, 2011

MULIANYA hati kanak kanak itu



Antara banyak banyak iklan yang disiarkan di televisyen, aku amat tertarik dengan satu iklan bahan pencuci yang mana iklan tersebut menunjukkan seorang kanak kanak wanita yang berpakaian sekolah berjumpa dengan kucing yang comot pada masa dia pulang dari sekolah. Sesudah kanak kanak itu sampai di rumah, ibunya berkata kepada kanak tersebut 

“pakaian yang kotor boleh dicuci, tapi hati yang suci sukar dicari” dan kemudian keluarlah iklan akan produk bahan pencuci tersebut.

tapi itu hanyalah iklan, masih berlakukah nilai tersebut dalam kalangan kita? Apa yang pasti, setiap hari kita akan disajikan berita  binatang terutamnaya kucing  didera oleh insan yang bergelar manusia.

Namun, perkara yang berlaku pada tengah hari tadi menidakkan tanggapan masyarakat bahawa nilai kasih sayang  kanak kanak kepada  haiwan iaitu kucing masih lagi wujud di zaman moden ini. Mungkin tidak banyak, tapi sekurang kurangnya nilai itu masih ada.

Kisah nya ialah bila seekor anak kucing yang terjatuh dalam longkang yang dipenuhi air. dan kejadian itu disedari oleh seorang kanak kanak yang berdekatan. Maka, dengan bergegas seorang kanak kanak lelaki dalam linkungan 9 tahun yang lengkap dengan pakaian seragam PBSM l berlutut di tepi longkang dan memasukkan tangannya ke dalam longkang yang kotor dan berbau busuk  untuk menyelamatkan kucing yang kelemasan itu.

ini kucing yang baru diselamatkan oleh kanak kanak tadi 

Alhamdulilah, kucing tersebut dapat diselamatkan oleh kanak kanak itu, dan kanak kanak itu meletakkan kucing tersebut di tepi longkang. Dan kanak kanak tersebut bergegas keaarah ibu nya dengan pakaian nya yang kotor kerana terkena kotoran semasa menyelamatkan kucing tersebut.

kanak kanak ini melihat ke arah kucing yang baru diselamatkan nya

Kotoran tersebut memang jelas kelihatan kerana kanak kanak tersebut memakai seragam penuh bewarna putih. nasib baik ibu nya tidak marah dengan kanak kanak tersebut.Oh Tuhan, sungguh mulia hati kanak tersebut.

kanak kanak ini bersama ibunya,,sejuk perut ibu mengandung

2 comments:

  1. btol la t0o,pkaian yg kotor bleh d cuci,ht yg suci skr dcari..

    ReplyDelete
  2. betul tu...teruja tgok peristiwa ni tadi...

    ReplyDelete