Antara banyak banyak iklan yang disiarkan di televisyen, aku amat tertarik dengan satu iklan bahan pencuci yang mana iklan tersebut menunjukkan seorang kanak kanak wanita yang berpakaian sekolah berjumpa dengan kucing yang comot pada masa dia pulang dari sekolah. Sesudah kanak kanak itu sampai di rumah, ibunya berkata kepada kanak tersebut
“pakaian yang kotor boleh dicuci, tapi hati yang suci sukar dicari” dan kemudian keluarlah iklan akan produk bahan pencuci tersebut.
tapi itu hanyalah iklan, masih berlakukah nilai tersebut dalam kalangan kita? Apa yang pasti, setiap hari kita akan disajikan berita binatang terutamnaya kucing didera oleh insan yang bergelar manusia.
Namun, perkara yang berlaku pada tengah hari tadi menidakkan tanggapan masyarakat bahawa nilai kasih sayang kanak kanak kepada haiwan iaitu kucing masih lagi wujud di zaman moden ini. Mungkin tidak banyak, tapi sekurang kurangnya nilai itu masih ada.
Namun, perkara yang berlaku pada tengah hari tadi menidakkan tanggapan masyarakat bahawa nilai kasih sayang kanak kanak kepada haiwan iaitu kucing masih lagi wujud di zaman moden ini. Mungkin tidak banyak, tapi sekurang kurangnya nilai itu masih ada.
Kisah nya ialah bila seekor anak kucing yang terjatuh dalam longkang yang dipenuhi air. dan kejadian itu disedari oleh seorang kanak kanak yang berdekatan. Maka, dengan bergegas seorang kanak kanak lelaki dalam linkungan 9 tahun yang lengkap dengan pakaian seragam PBSM l berlutut di tepi longkang dan memasukkan tangannya ke dalam longkang yang kotor dan berbau busuk untuk menyelamatkan kucing yang kelemasan itu.
ini kucing yang baru diselamatkan oleh kanak kanak tadi
Alhamdulilah, kucing tersebut dapat diselamatkan oleh kanak kanak itu, dan kanak kanak itu meletakkan kucing tersebut di tepi longkang. Dan kanak kanak tersebut bergegas keaarah ibu nya dengan pakaian nya yang kotor kerana terkena kotoran semasa menyelamatkan kucing tersebut.
btol la t0o,pkaian yg kotor bleh d cuci,ht yg suci skr dcari..
ReplyDeletebetul tu...teruja tgok peristiwa ni tadi...
ReplyDelete