Tema : Diambang Kematian
1. IM Fakhrul.
2. IM Azlan.
3. IM Nazrul.
4. IM Fatah.
5. IM Hassan.
6. IM Najdi
7. IM Ammar.
8. IM Mujahid.
Kedudukan Imam Muda selepas Minggu ke-6.
1. IM Fakhrul.
2. IM Azlan.
3. IM Nazrul.
4. IM Fatah.
5. IM Hassan.
6. IM Najdi
7. IM Ammar.
8. IM Mujahid.
Tugasan Minnguan :
Pada minggu ini, kelapan lapan Imam Muda menerima satu lagi tugasan yang amat mencabar. Tugasan tersebut ialah kesemua Imam Muda akan bersama sama dengan para banduan yang bakal menghadapi hukuman mati atas pelbagai kesalahan jenayah. Maka, Imam Muda diberi peluang untuk bersama para banduan di saat saat akhir kematian mereka. Di sini, para Imam Muda menggunakan pendekatan supaya mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan.
Sebenarnya, kehidupan banduan yang akan menjalani hukuman gantung ini lebih mulia daripada kita yang hidup bebas dan sentiasa bergelumang dengan dosa. Ini kerana, mereka tahu yang mereka akan menemui ajal pada waktu terdekat. Maka mereka dapat peluang untuk menggunakan masa yang singkat ini memohon taubat nasuha daripada Allah SWT. Dan, mati mereka mati dalam keaddan orang yang beriman jika taubat merek diterima oleh Allah.
Lain pula dengan kita yang sentiasa alpa dengan nikmat dunia.Dan, jika ajal datang menjemput dalam keadaan kita yang berbuat dosa dan belum sempat memohon keampunan Alllah? Mungkin ini lah perkara yang mana setiap manusia tidak mahu menghadapinya.
Jadi, marilah kita sama sama memohon keampunan kepada Allah dan berdoa agar matinya kita semua adalah dalam keadaan beriman kepada Allah SWT.
Bagaimana Imam Muda menjalankan tugasan yang diberi :
Imam Muda Najdi telah bersama sama dengan seorang banduan yang mendakwa bahawa dia telah dianiayai oleh bapa saudaranya sendiri. Dia juga menambah, dia masih berdendam dengan bapa saudara nya itu walaupun bapa saudaranya sudah meninggal dunia. Imam muda najdi menasihatkan banduan tersebut agar sentiasa tabah menhadapi ujian Allah SWT.
Manakala, imam Muda Nazrul bersama sama dengan seorang banduan yang telah lanjut umurnya. Ketika ini, Imam Muda Nazrul menangis kesayuan dan kesdihan apabila banduan tersebut berdoa kepada Allah SWT supaya perjalanan imam Muda Nazrul diberkati. Imam Muda tak mampu menahan persaan dan keadaan yang amat menyayat hati tersebut lalau Imam Muda mengalirkan air mata jernih ke pipinya. Kelihatan Imam Muda Nazrul berasa berat untuk meninggalakn banduan tersebut.Imam Muda Nazrul mengatakan bahawa amalan banduan tersebut amat hebat dalam perjalanannya untuk bertemu Allah SWT. Sebelum berpisah, imam Muda Nzarul mencium dahi banduan tersebut yang dianggap sebagai ayahnya sendiri. SUngguh syahdu saat itu.
Imam Muda Mujahid pula bersama dengan banduan yang mengatakan dia merasakan dunia ini tidak adil. Ini kerana, masih banyak lagi masyarakat yang di luar sana yang berbuat dosa dan maksiat namun masih bebas. Dia sekarang hanya berserah kepada Allah dan bertawakal akan kehidupan singkatnya ini.
Imam Muda Azlan cuba bersama sama membacakan Al Fatihah dan mengucap bersama banduan tersebut. Namun, banduan tersebut memberitahu bahawa dia tak mahu diajar kerana dia sudah selalu membaca Al Fatihah setiap hari. Dia hanya reda pada masa sekarang ini.
Manakala Warder Penjara yang bertanggungjawab dalam proses hukuman mati ini menjelaskan tentang langkah langkah yang diambil untuk menjalankan tanggungjwab tersebut secara terperinci. Dia juga berharap masyarakat di luar sana member sokongan kepada para banduan yang kembali kepada masyarakat selepas mereka keluar dari penjara.
Hujah di medan Imam Muda
Imam Muda Fatah behujah bahawa mati terbahagi kepada dua iaitu mati kecil dan mati besar. Mati kecil ialah mati yang sementara seperti tidur dan koma. Manakala mati besar ialah mati yang mana Allah mencabut roh daripada jasad manusia. Dan itulah mati untuk selama lamanya.
Imam Muda Nazrul pula berhujah, walaupun Beriman kepada Kematian tiada dalam rukun Imam. Tetapi, manusia kena beriman Kepada Qada dan Qadar. Ini, kerana kematian adalah sesuatu yang dirahsiakan oleh Alllah SWT.
Imam Muda Fakhrul berhujah mengenai persediaan untuk menghadapi kematian. Maka, setiap manusia mesti berusaha untuk menghadapi kematian dengan mengamalkan ajaran islam dan membawa bekalan secukupnya. Hendak tahu manusia itu mati dengan baik atau tidak baik adalah melalui kehidupannya pada waktu akhirnya.
Imam Muda Amar berhujah mengenai tiga cara untuk menghadapi kematian. Antaranya ialah tahu tujuan hidup di dunia ini, Insafi nilai dunia dan akhirat dan juga meyakini bahwa kematian itu adalah pasti.
Imam Muda Najdi mengutarakan hadis nabi yang menyebut, orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati.
Imam Muda Mujahid memberitahu setiap manusia akan menghadapi kesakaitan semasa kematian. Hal ini juga turut dilalaui oleh junjungan besar Rasullulah SAW.
Imam Muda Hassan menjelaskan bahawa mati mempunyai dua pengakhiran iaitu pengakhiran yang baik dengan pengakhiran yang tidak baik. Bagi pengakhiran yang baik, jenazah akan berpeluh dan juga senyum. Nabi Muhammad SAW bersabada, jika seseorang muslim itu menyebut kalimah La ila ha ila Allah yakni tiada tuhan sebelum allah. Maka, dia kan masuk syurga. Itulah jaminan daripada Nabi Muhammad SAW.
Soalan imam Muda
1.
Apakah yang dimaksudkan dengan Tajassus ?
· Mencari aib dengan tujuan untuk memalukannya.
2. Apakah hukum buruk sangka ?
· Haram jika orang itu bukan dari golongan yang zalim.
3. Bilakah kita boleh membuka aib orang?
· Boleh buka aib kepada hakim sebagai saksi kemungkaran.
4. Apakah kaitan kematian dengan keimanan?
· Kaitannya ialah kewajipan kita beriman kepada Allah SWT yang menetukan setiap yang bernyawa akan menghadapi kematian.
5. Jelaskan mengenai sakaratulmaut?
· Sakaratul maut ialah satu penderitaan yang dialami oleh roh dengan keadaan tertentu pada masa ia hendak meninggalkan jasadnya.
Imam Muda Terbaik
Kesemua kelapan lapan Imam Muda dinobatakan sebagai terbaik atas usaha kerja keras mereka dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.
Pengakhiran medan imam Muda
Pada pengakhiran program, Imam Muda Najdi dan Imam Muda Mujahid diumumkan akan menamatkan perjalannan mereka dalam Imam Muda. Namun, perjalanan mereka ditamatkan dalam medan imam muda. Mereka msih seperti Imam Muda yang lain dalam proses pembelajtran untuk bergelar sebagai Imam Muda Unggul.
Resolusi Imam Muda
· Menggea semua umat islam agar menggunakan nikmat hidup di duniasebaiknya untuk kebahagiaan hidup di akhirat.
· Menyarankan agar masyarakat dapat mnyeimbangkan urusan dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment