Friday, July 1, 2011

KEMUNCAK Imam Muda


Kemuncak imam Muda didahulukan dengan bacaan ayat suci Al quran dan zikir daripada kelapan lapan Imam Muda yang telah menamatkan perjalanan mereka dalam Imam Muda. Kemudian, Ustaz dzul menyampaikan kata kata aluan kepada para tetamu kehormat yang hadir pada malam Kemuncak Imam Muda ini.

Tugasan Kemuncak Imam Muda
Pada kemuncak Imam Muda, kedua dua finalist imam Muda Iaitu Imam Muda Nazrul dan Imam Muda Hasssan melaksanakn tugasan di kampung halaman. Maka, ini membuka peluang kepada kedua dua Imam Muda untuk melepaskan rindu kepada keluarga masing masing yang sudah lama tidak ketemui.
Kelihatan terpancar riak kegembiraan dan kerinduan di wajah mereka apabila sama sama tiba di kampung halaman tercinta.
Kedua dua Imam Muda sempat mengadakan forum mengenai Peristiwa Israk mikraj yang turut dihadiri oleh barisan Imam Muda yang lain.

Imam Muda Hassan



Imam Muda Hassan pulang ke kampung nya di Perak dan disambut meriah oleh ahli keluarganya serta penduduk kampung. Sebaik sahaja Imam Muda turun dari kereta, beliau terus memeluk cium ibu nya yang sangat dirindui. Kedua dua mereka sebak dan menangis kegembiraan.
Pada malamnya, Imam Muda Hassan mengimamakan Qiamulail di masjid kampungnya yang dihadiri oleh ramai pendudk kampung. Kemudian, Imam Muda Hassan memberikan tazkirah kepada penduduk kampung dan belaiu kelihatan menitiskan air mata ketika membacakan doa.
Imam Muda Hassan berpeluang melawat ke sekolah lamanya dan juga bersama sama penduduk keluar ke laut untuk menjala ikan. Maka, ini adalah pengalaman yang berharga untuk Imam Muda Hassan. Kemudian Imam Muda Hassan beramah mesra dengan penghuni rumah anak yatim dan juga sempat bersama dengan anggota TLDM di atas kapal. Imam Muda Hassan mengimamakan solat asar di atas kapal tersebut.
Pada hari terakhir, Imam muda Hassan melawat pusara bapa nya yang telah lama meniggalkan beliau yakni ketiak ia masih kecil..


Imam Muda Nazrul


Imam muda Nazrul kembali ke kampung halamnnya di segamat Johor. Imam Muda Nazrul terus memeluk ibu bapanya sebaik sahaj tiba di kampung halaman dan disambut meriah oleh penduduk kampung.
Pada malamnya, Imam Muda Nazrul mengimamakan Qiamulail di masjid kampungnya yang dihadiri oleh ramai prnduduk kampung yang terdiri dari warga emas dan juga para remaja. Kemudian, Imam Muda Hassan memberikan tazkirah kepada penduduk kampung.

Imam Muda Nazrul kemudiannya melawat sekolah lamanya dan beramah mesra dengan warga sekolah etrsebut. Di sekolah itu, Imam muda Nazrul merupakan seorang pelajar yang aktif yang mana beliau memegang bebrapa jawatan penting termasuklah ketua pelajar dan ketua asrama. Imam muda Nzrul memberikan ucapan dan nasihat kepada pelajar di sekolah tersebut.



Imam Muda juga sempat menghadiri majlis perkahwinan penduduk di kampung tersebut.Kemudian, Imam Muda Nazrul dan pernduduk kampung sama sama berkonvoi ke air Terjun. Mereka sama sama membersihkan persekitaran Air Terjun tersebut dan sempat mandi manda di sana. Kemudian, Imam Muda Nazrul mengimamkan Solat Dhuha.
Pada waktu petang, Imam Muda Nazrul beriadah dengan para penduduk kampung. Imam muda Nazrul menunjukkan kebolehan beliau dalam sukan Futsal dan juga Sepak takraw.
Pada hari terakhir, Imam Muda Nazrul mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya. Kelihatan anak Nazrul menangis tereseak esak apabila ditinggalkn walidnya.

Hujah Di Kemuncak Imam Muda
Kedua dua Finalist Imam Muda diberi tugasan untuk menyampaikan tazkirah. Imam Muda hasan menyampaikan tazkirah mengenai akhlak mulia yang mana terbahagi kepada dua yakni akhlak mulia kepada Allah dan akhlak mulia kepada manusia.
Manakala Imam Muda nazrul menyampaikan tazkirah mengenai akhlak kepada ibu bapa yang mana setipa anak mestilajh menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka. Kedua dua Imam muda ini sungguh hebat dalam berhujah dan lancar menuturkan kata.
Tugasan kedua pula adalah surah hafazan. Kedua dua Imam muda diuji oleh Mudir ustaz Hassan akan surah Al Mukminin juzuz ke 18. Dan ternyata, kedua dua iMam Muda lancar mengalunkan ayat ayat suci al Quran dalam surah Al Mukminin tanpa ada cacat celanya.
Tugasan terakhir ialah kedua dua imam muda dikehendaki menghuraikan maksud hadis dan memberikan pengajaran yang ada berdasarkan hadis tersebut.Kedua dua Imam muda berjaya melakukan tugasan ini dengan baik yang mana mereka sama memberikan definisi dan pengajaran yang terbaik dari hadis tersebut. Malah kedua dua mereka sama sama menyokong akan hujah yang telah diberikan oleh mereka berdua.

Pengakhiran Kemuncak Imam Muda

Akhirnya, setelah sepuluh minggu kesemua imam Muda berjuang bersama sam Imam Muda, ternyata Rezeki menyebelahi Imam Muda Hassan atau Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda musim kedua (IM2) pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) malam tadi. 
Graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran dan Hadis), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menewaskan Imam Muda Nazrul atau Nazrul Izwan Zolkiflee , 26, pemegang Diploma Pengajian Islam, Kolej Pengajian Islam dan Dakwah.
Dengan kemenangan itu, Imam muda Hassan menerima tajaan penuh biasiswa pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU), sebuah kereta Proton model Exora, pakej menunaikan ibadat haji dan umrah,  pakej percutian ke Vietnam dan wang tunai RM25,000 serta telefon bimbit.

Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej perabot jati bernilai RM15,000, wang tunai RM30,000 berserta iPad tajaan Astro, sebuah komputer riba Apple Macbook Pro; sebuah iPhone 3G; kamera digital; trofi Imam Muda musim kedua serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI. 

Naib juara, Nazarul Izwan pula membawa pulang biasiswa pengajian ke MEDIU, kereta Proton model Pesona; wang tunai RM20,000 berserta iPad tajaan Astro; pakej perabot jati bernilai RM10,000; trofi Imam Muda; komputer riba; sijil penyertaan; kad pentauliahan diiktiraf JAWI dan beberapa hadiah lain. Lapan peserta lain menerima biasiswa melanjutkan pengajian ke MEDIU.


4 comments: