Saturday, May 7, 2011

IMAM MUDA - Minggu Kedua


   Pada minggu kedua ini, para peserta Imam Muda telah diuji dengan tema “ZAMAN KANAK KANAK”. Pada hari tersebut, para Imam Muda telah diberi taklimat oleh Mudir bahawa mereka akan menjadi seorang guru untuk sebuah sekolah di Semenyih selama dua hari. Ini pasti menggembirakan Imam Muda Nazrul kerana beliau merupakan seorang guru. Maka, beliau dapat menjalankan tugas yang diberi dengan lebih mudah. Tapi, kesemua Imam Muda tidak tahu bagaimana bentuk pelajar yang akan diberi tunjuk ajar nanti.
 
  Pada hari yang berkenaan, kesemua Imam muda kaget seketika kerana pelajar yang bakal di ajar oleh mereka merupakan pelajar dari golongan ISTEMEWA. Tidak menang tangan para imam Muda melayan kerenah pelajar2 tersebut. Dan di sini, Imam Muda Nazrul menunjukkan kan kelebihannya apabila beliau dapat mengawal keadaan pelajar2 tersebut. Nazrul menggunakan pendekatan dengan bergembira bersama sama pelajarnya . so, para pelajar tersebut akan lebih mendengar kata. Tahniah kepada nazrul. Semoga Imam Muda Nazrul terus success selalu.

   Yang paling kesian ialah Imam Muda najdi. Ini kerana Imam Muda najdi menerima seorang pelajar yang hiperaktif. Kesian dengan Najdi sebab kena pukul, kena tolak, kena ludah dengan pelajar tersebut. Diharap najdi tabah dalam menjalankan tugas tersebut.Dan semua bersimpati atas apa yang belaku kepada Najdi. 

     Dan perkara paling melucukan ialah apabila pelajar Imam Muda Fatah yang tiba2 hilang. Setelah fatah mencari di sekekliling sekolah, fatah akhirnya berjumpa dengan pelajar tersebut yang sedang bersembunyi dalam sebuah kereta. Kesian Fatah yang kena marah dengan guru di sekolah tersebut. Nak buat macam mana kan, dah dapat pelajar macam tuh.
Pada pengakhiran program. Terdapat tiga peseta yang mendapat markah yang paling rendah iaitu Imam Muda Ali, Najdi, & Mujahid. Mungkin najdi tidak dapat mengawal pelajar yang hiperaktif tersebut sehinnga  beliau gagal mendapatkan markah yang tinggi. Tetapi minggu ni still tiada penyingkiran dan tiga peserta terbawah terpaksa melakukan khidmat masyarakat di sebuah masjid. 

Diharap semua peserta IMAM MUDA success selalu.

IMAM MUDA NAZRUL

                                              IMAM MUDA HASSAN


P/s ; Suka dengar Imam muda Nazrul menyampaikan tazkirah jumaat & Imam Muda Hassan berkhutbah.

No comments:

Post a Comment