Wednesday, March 30, 2011

10 Pemain bola sepak yang aku nak sangat2 jumpa..!!!

           Aku ni antara peminat setia bola sepak sama ada dalam @ luar Negara. Kalau dalam Negara, aku akan menyokong penuh lah pasukan negeri aku KELANTAN @ THE RED WARRIOR. Akhir2 ni, pasukan Kelantan semakin meningkat naik dalam Liga Super  dan berada dalam kedudukan teratas liga. Bagi Liga Perdana Inggeris, aku sangat admire dengan LIVERPOOL FC. Walaupun Liverpool berada dalam tangga ke 6 Liga sekarang, tapi dengat semangat juang yang ada pada pemain Liverpool terutamanya dsengan kehadiran KING KENNY, Luis Suarez & Andy Caroll di harap mampui membawa cabaran Liverpool untuk beraksi dalam Liga Juara Juara pada tahun depan.
                Aku dah melalaut sebenarnya nih, aku nak tunjukkan siapa pemain bola sepak luar negara yang aku nak sangat2 jumpa. Tapi benda ni nampak mustahil je, tapi x pelah. Sekurang kurangnya aku dapat tengok diorang main kat  tv.One more, aku berhara aku dapat lah peluang tengok Liverppol VSMalaysia kat Bukit Jalil bulan Julai nanti.
                Ok2, ni antara pemain bola sepak yang aku nak sangat2 jumpa coz aku suka tengok diorang main. Walaupun ramai yang lebih suka untuk jumpa David Beckham, C.Ronaldo, @ Wayne Rooney. Tapiu aku ada choice aku sendiri…hhhuuhuhwwaaaa….



Darren Fletcher

Aku pun tak tahu kenapa aku suka tengok Fletcher main. Fletcher ni boleh buat kejutan untuk pasukan lawan. Ye lah, tiba2 dia boleh pulak menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan walaupun pasukannya mengharapakan ayam tambatan mereka iaitu Wayne Rooney untuk menjaringkan gol. Dan x ada apa lagi yang nak dikatakan, Fletcher seorang pemain yang bagus dan boleh la datang umah akau nanti kalau datang Malaysia lagi erk…?? 








Jack Wilshere.

Wilsher merupakan pemain paling muda antara senarai pemain yang aku nak sangat jumpa. Bayangkan, pada umur 18tahun dia sudah menjadi pemain utama dalam skuad Arsenal. Kalau kat Malaysia, umur 18 masih dop melepak kat rumah sambil tunggu result Spm kuar..hahaha..
Wilshere merupakan miedfielder yang hebat membuat hantaran dengan kaki kiri nya. Dia juga menjadi nadi kemenangan skuad England semasa membenam Wales dalam kelayakan euro 2012. Wilshere merupakan antara pemain muda yang hebat tahun ini. Wilshere..!! nanti datang umah aku erk…hahahaaha





Paul Scholes

Scholes ni pemain veteran untuk pasukan Man Utd. Aku dengar dia dah nak bersara pada hujumg musim ini. Jadi kesimpulannya, Man Utd telah kehilangan seorang pemain yang bagus dan penjaring gol dalam skuad mereka. Scholes boleh menjaringkan gol dari luar kotak penalty sama seperti  Messi, gerrad &Pedro. Dia puynyer kelajuan bola tuh x yah nak cakap lah, memang laju dan curve.So. schools datang lah kat Malaysia lagi erk…





Andres Iniesta

Iniesta merupakan pemain yang hebat dan bermain untuk Pasukan Barcelona & Skuad Sepanyol. Aku rasa semua orang kenal dengan Iniesta kerana dialah yang menjaringkan gol kemenangan spanyol masa World Cup dulu. Iniesta ni memang hebat dia punyer gelecek bola & juga ‘through ball’.
Iniesta sering dikenang sebagai seorang mieldfieder yang mencipta peluang untuk menjaringkan gol dan dia sendiri juga sering menjaringkan gol penting terutamanya gol semasa Separuh Akhir Barcelona menentang Chelsea pada minute 93.Disebabkan itu, Bercelona ke peringklat akhir dan menjadi Juara dengan menewaskan Man Utd 2-0 jaringan Eto & Messi.





Lionel Messi

Siapa yang tak kenal dengan messi. Seorang pemain yang mampu membawa bola dengan pantas, mengelecek setiap pertahanan lawan dan GOLLLL!!! Messi merupakan pemain terbaik dunia untuk 2 tahun berturut turut dengan mengalahkan saingan terdekat teammate nya iaitu Iniesta & Xavi.
Messi  seorang yang muda lagi, dan mempunyai bakat  yang luar biasa. Siapa yang tengok lariannya mesti terpegun dan setiap pertahanan lawan amat alergik dengan messi nih. Mana taknya, susah susah diorang mengawal benteng, senang senang je messi nih driblle diorang dan menjaringkan gol. Siapa yang x marah kan?..ahhahaa…So, messi?? Bila nak datang Malaysia? Blh la aku ajar makan budu..hahaa





Fabio Aurelio

Aurelio ni pemain pertahanan kiri untuk pasukan Liverpool. Aureluio memang bagus menjaga benteng pasukan dan juga bijak membuat hantaran lintang. Tapi perkara yang paling sedih dengan Aurelio adalah dia selalu je injured. So, x dapat lah dia diturunkan untuk pasukan  Liverpool. Tapi x apalah, Liverpool boleh menggunakan Khidmat Glen Johnson untuk bermain posisi pertahanan kiri. So, Aurelio, cepat cepat lah sembuh dan tunjukkan kau punyer kebolehan erk.





Javier Hernandez

Hernandez ni lebih dikenali dengan ggelaran Chicharito dalam Skuad man Utd. Man Utd sangat beruntung kerana mendapatkan Hernandez dengan harga yang jauh lebih murah dari harga semasa. Ini disebabkan Man Utd, mendapatkan pemain ini sebelum Piala Dunia 2010 yang mana Hernandez  mewakili Mexico menunjukkan bakat yang luar biasa kepada dunia.
Statitstic menunjukkan dalam setiap satu perlawanan, Hernandez akan menjaringkan satu gol. Hebat kan??? Kan?? So, Hernandez masih lagi muda dan akan bakal mencipta sejarah suatu hari nanti. Hernandez, kalau aku dapat jumpa kau,aku akan bagitau kausupaya masuk Lverppool..hahaha





Luis Suarez

Luis suarez ni aku suka tengok masa dia main kat World Cup 2010. Seluruh Negara Uruguay kot berterima kasih kat dia coz dia menahan bola yang hampir masuk ke dalam goal dengan tangannya. Disebabkn itu, Uruguay layak ke Separuh akhir..WOW, hebat x..??
Liverpool Sangat beruntung sebab Berjaya mendapatkan Suarez dari Ajax Amsterdam nih dengan harga 22.5 Juta Pound. AKU SEBENARNYA NAK TENGOK LA Suarez ni berganndingan dsengan Torres, tapi si torres pulak yang menjadi pengkhianat,. Tapi its ok, sebab Suarez lebih hebat dari Torres sekarang nih…hahaha…LUIS SUAREZ!!! Datang kat Malaysia nanti erk..!!!







Steven Gerrard

Inilah player yang aku betul2 nak jumpa  face to face. Gerrard adalah kapten pasukan Liverpool yang sangat disayangi dan berjersi 8 dan berjersi 4 dalam Skuad three lion. Gerrard punyer shoot memang giler lah dia punyer kelajuan. Kalau dia sepak je bola terus ke gol, memang sakit lah tangan goalkeeper nak menahannya.Haha.
Tapi sayang dia injured sekarang ni setelah menjalani pembedahan. GERRARD!!!!,,,, tolong lah datang kat Malaysia nanti, AKu nak sangat jumpa kau..hahaha…Walaupun Gerrard dah umur 32 tapi dia masih power lg. Tak tahu lahu lah kenapa, kalau gerrarad x main untuk Liverpool, Player Liverpool lain macam x der mood je nak main. Sebab tu lah dia dipanggil “CAPTAIN FANTASTIC GERRARD”.





Pedro Rodriguez.

Pedro ni sama juga dengan iniesta, bermain untuk Barcelona & Skuad Sepanyol. Pedro punyer dribble memang hebat dan dia punyer finishing memang laju gila lah. Pedro ni masih muda, umur dalam 23 tahun, tapi dia main memeng hebat. So, dia ada banyak masa lagi untuk jadi seorang lagenda suatu hari nanti, PEDRO, bila nak datang MALAYSIA???

Monday, March 28, 2011

Cara menjimatkan petrol

             Kesedaran menjimatkan penggunaan petrol bermula dari kenaikan harga petrol yang mendadak awal tahun ini. Syukur juga, kenaikan tersebut dah pun di 'cover' semula oleh kerajaan, itupun kalau bukan kerana desakan demi desakan sesetengah pihak.

       Jadi, kita semua yang memandu ni, mesti tahu cara-cara ideal membawa, mengendalikan kenderaan masing-masing bagi meminima kan penggunaan gas/petrol.

Semasa hidupkan enjin

• Elakkan menekan minyak dengan kuat, tambahkan kelajuan secara perlahan-lahan
Berbanding menambahkan kelajuan secara perlahan-lahan, menekan minyak dengan kuat akan menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 2 hingga 3 kali ganda. Tabiat pemandu yang kasar, contohnya menekan minyak dengan kuat atau tiba-tiba menekan brek, boleh menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 30%. Jadi, pandulah dengan cermat untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar dan menyenangkan sepanjang hari.
 
Memandu sambil memanaskan kereta

Kebanyakan kereta pada masa sekarang tidak lagi menggunakan karburetor, jadi enjin kereta tidak perlu dipanaskan sebelum berjalan. Tarikkan injap sambil membawa kereta dapat memanaskan enjin secara perlahan-lahan. Pandulah kereta dengan kelajuan yang biasa sambil memanaskan kereta anda. Selepas 1 – 2 km, enjin kereta anda akan mencapai suhu yang sesuai.
 
Semasa isikan minyak

-Jangan bertindak keterlaluan
Apabila pam minyak berhenti secara automatik, bermakna tangki minyak telah penuh dan harus alihkan muncung bagi mengelakkan lebihan pengisian. Keadaan ini samalah seperti anda dipaksa makan bila perut sudah kenyang. Minyak berlebihan akan menumpah keluar jika kereta anda berjalan di atas jalan raya yang tidak rata. Keadaan ini bukan sahaja membazirkan, malah tidak mesra alam.

Dalam perjalanan

Kekalkan jarak yang selamat dan elakkan menekan brek secara mengejut
Kelajuan kereta akan berkurangan atau berhenti jika brek ditekan, jadi enjin perlukan petrol yang lebih untuk menggerakkan semula kereta daripada gear rendah atau daripada keadaan statik.

Elakkan memecut!

Semasa di lebuh raya, anda barangkali akan menambahkan kelajuan tanpa disedari sambil menikmati keseronokan memecut yang tak terpada. Memecut bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan petrol, malah juga akan meningkatkan risiko ditimpa kemalangan jalan raya.

Perintang

Ramai yang suka pasangkan bendera kecil atau aksesori dan kelengkapan lain pada bumbung kereta. Benda-benda seperti itu sebenarnya merupakan perintang yang akan membebankan kereta anda dan memperlambatkan kelajuan kereta anda, seterusnya menambahkan penggunaan petrol.

Elakkan kerap menekan brek

Asyik merehatkan kaki kanan anda pada brek dan menekan brek bukan sahaja menambahkan penggunaan perol, bahkan juga akan memendekkan hayat brek kereta. Keadaan ini juga akan membahayakan pemandu yang mengikut di belakang kereta anda.

Tayar lebar dan rendah lebih stabil tetapi lebih tinggi penggunaan petrol

Sesetengah pemandu suka menukar tayar lebar dan rendah yang lebih luas permukaannya demi menikmati pemanduan yang lebih stabil semasa memecut. Oleh kerana permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan adalah lebih luas dan menyebabkan geseran yang lebih kuat, jadi ia perlukan kuasa enjin yang lebih. Keadaan ini akan meningkatkan penggunaan petrol, khususnya bermula daripada keadaan statik.

Pengetahuan Am
-Letakkan kereta di tempat berteduh
Elakkan daripada meletakkan kereta di tempat tidak berteduh. Suhu dalam kereta akan naik jika kereta terdedah di bawah bahangan matahari dalam tempoh masa yang panjang. Apabila kereta dibawa, sistem penghawa dingin mengambil masa yang lebih panjang untuk menyejukkan keadaan dalam kereta, akibatnya penggunaan petrol turut bertambah.

-Jangan melengahkan penyenggaraan berkala
Penyenggaraan adalah wajar bagi setiap 5,000 atau 10,000 km, untuk memeriksa penapis minyak, bendalir, angin, bateri, penyambung CV dan sebagainya bagi membolehkan kereta anda berkeadaan optimum dan lebih menjimatkan petrol. Tekanan tayar juga mesti diperiksa supaya berkeadaan normal. Tekanan angin yang sesuai dapat menambahkan 3.3% jarak yang dijalani. Kekurangan tekanan tayar menghabiskan petrol yang banyak iaitu penggunaan petrol akan bertambah 0.4 sen bagi setiap pengurangan 1 paun tekanan angin. Lebih teruk lagi tayar mungkin akan pancit kerana terlampau panas. Jadi pemeriksaan tekanan tayar dengan kerap bukan sahaja menjimatkan wang, malah juga dapat melindungi keselamatan anda. Tayar akan menggoncang jika tekanan tayar terlampau tinggi, ia juga akan mengakibatkan pancit dan membahayakan.

-Bersihkan plag pencucuh
Karbon mungkin terkumpul pada bahagian enjin dan di sekeliling plag pencucuh jika kereta anda selalu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Penimbunan karbon ini akan melemahkan proses pembakaran dan menghabiskan petrol yang lebih banyak. Jadi, plag pencucuh yang bersih boleh membantu pembakaran yang sempurna dan menjimatkan petrol.

-Kurangkan alat elektrik
Tenaga elektrik dalam kereta dihasilkan oleh generator. Semua alat elektrik dalam kereta seperti penghawa dingin, lampu, sistem penggera, stroboskop dan sebagainya, hanya akan membebankan generator. Semakin banyak tenaga elektrik diperlukan, generator perlu mengeluarkan tekanan yang lebih pada timing belt untuk menghasilkan lebih banyak tenaga elektrik. Keadaan ini sudah pasti akan menambahkan penggunaan petrol.

-Kurangkan bebanan
Ramai pemandu jarang mengemaskan dan membersihkan benda-benda yang tertimbun dalam keretanya, kadang-kala mencapai 40-50kg! Lebihan berat ini bersamaan dengan membawa lebih seorang penumpang, penggunaan petrol juga akan bertambah 1-2%.

• Pengubahsuaian sembarangan membazirkan petrol dan wang
Sesetengah kedai pengubahsuaian kenderaan akan menasihatkan pemilik kereta supaya menukarkan konverter katalisator. Pada halnya, pengubahsuaian sebegini hanya akan menekan ekzos lalu membebaskan lebih banyak tenaga dan menghabiskan petrol yang lebih.

Thursday, March 3, 2011

Contohi 9 Siti Ini!

 
1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

***Kepada yang bukan namanya Siti,contohi juga sifat dan budi pekerti yang dimiliki oleh 9 Siti ini.InsyaAllah akan mendapat title wanita Solehah!***

Tuesday, March 1, 2011

Perpisahan Ini - 1st Edition feat Aizat Amdan



Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan

Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu



*best sangat lagu ni, lebih2 ;agi saat akhir pengajian ni...(",)

Macam mana nak bagi blog anda muncul di carian Google

       Jadi anda sudah ada sebuah blog yang cantik, dan anda isikannya dengan entri-entri yang padat dengan maklumat. Namun, bagaimana anda mahu tarik perhatian pengunjung ke blog anda? Selain daripada memberitahu kawan dan saudara, bagaimana caranya untuk orang ramai mengetahui akan kewujudan blog anda?

       Di sinilah enjin carian memainkan peranan yang penting. Sebilangan besar pengguna Internet mencari maklumat menggunakan enjin carian, terutamanya Google. Jika blog anda tersenarai dalam hasil carian mereka, senanglah untuk anda mendapatkan trafik dan pengunjung.
Teknik untuk meningkatkan kedudukan anda di enjin carian ini dikenali sebagai SEO, iaitu Search Engine Optimization.

Terdapat pelbagai artikel di Internet yang akan menerangkan anda bermacam-macam perkara tentang SEO, namun pada asasnya anda hanya perlu amalkan beberapa perkara sahaja:

1. Gunakan perkataan yang orang akan cari

               
  Apabila anda menulis entri, ambil perhatian terhadap kata kunci (keywords) yang anda gunakan. Jika anda menulis tentang cara-cara install Windows XP, kata kunci anda adalah “install Windows XP”.
Kemudian bayangkan, jika anda ingin membuat carian di Google, apakah yang anda akan taip? Anda mungkin akan memasukkan “install Windows XP”, “cara-cara nak format komputer”, atau “bagaimana nak format laptop”. Perkataan-perkataan seperti inilah yang anda harus selitkan di dalam entri anda supaya ia mudah disenaraikan di Google.

2. Gunakan tajuk yang mudah difahami





            Apabila entri anda muncul di carian Google, tajuk bagi entri tersebut akan dipaparkan terlebih dahulu. Sebab itulah penting bagi anda untuk menyertakan tajuk yang mudah difahami, agar pengunjung yakin bahawa itulah maklumat yang dicari.

3. Gunakan URL yang ringkas



             Walaupun pengunjung tidak memberikan perhatian pada URL, namun ianya sangat penting buat Google. Pastikan URL anda pendek dan diisi dengan kata kunci utama. Buangkan perkataan yang kurang bermakna seperti “cara-cara”, “di”, “yang” dan sebagainya.

Kesimpulannya, beri perhatian terhadap kata kunci!

          Sebenarnya ketiga-tiga tips di atas mempunyai teknik SEO yang sama, iaitu kata kunci! Selitkan kata kunci anda di dalam entri, kemudian ringkaskannya pada tajuk entri, dan ringkaskannya lagi pada URL.

            Namun ingat, perkara yang paling penting adalah kandungan entri haruslah berkualiti, barulah teknik SEO akan membantu. Amalkan ketiga-tiga tips di atas setiap kali anda menulis entri supaya kedudukan blog anda di Google akan meningkat.

*credit to http://sembangweb.com