Di sinilah enjin carian memainkan peranan yang penting. Sebilangan besar pengguna Internet mencari maklumat menggunakan enjin carian, terutamanya Google. Jika blog anda tersenarai dalam hasil carian mereka, senanglah untuk anda mendapatkan trafik dan pengunjung.
Teknik untuk meningkatkan kedudukan anda di enjin carian ini dikenali sebagai SEO, iaitu Search Engine Optimization.
Terdapat pelbagai artikel di Internet yang akan menerangkan anda bermacam-macam perkara tentang SEO, namun pada asasnya anda hanya perlu amalkan beberapa perkara sahaja:
1. Gunakan perkataan yang orang akan cari
Apabila anda menulis entri, ambil perhatian terhadap kata kunci (keywords) yang anda gunakan. Jika anda menulis tentang cara-cara install Windows XP, kata kunci anda adalah “install Windows XP”.
Kemudian bayangkan, jika anda ingin membuat carian di Google, apakah yang anda akan taip? Anda mungkin akan memasukkan “install Windows XP”, “cara-cara nak format komputer”, atau “bagaimana nak format laptop”. Perkataan-perkataan seperti inilah yang anda harus selitkan di dalam entri anda supaya ia mudah disenaraikan di Google.
2. Gunakan tajuk yang mudah difahami
Apabila entri anda muncul di carian Google, tajuk bagi entri tersebut akan dipaparkan terlebih dahulu. Sebab itulah penting bagi anda untuk menyertakan tajuk yang mudah difahami, agar pengunjung yakin bahawa itulah maklumat yang dicari.
3. Gunakan URL yang ringkas
Walaupun pengunjung tidak memberikan perhatian pada URL, namun ianya sangat penting buat Google. Pastikan URL anda pendek dan diisi dengan kata kunci utama. Buangkan perkataan yang kurang bermakna seperti “cara-cara”, “di”, “yang” dan sebagainya.
Kesimpulannya, beri perhatian terhadap kata kunci!
Sebenarnya ketiga-tiga tips di atas mempunyai teknik SEO yang sama, iaitu kata kunci! Selitkan kata kunci anda di dalam entri, kemudian ringkaskannya pada tajuk entri, dan ringkaskannya lagi pada URL.
Namun ingat, perkara yang paling penting adalah kandungan entri haruslah berkualiti, barulah teknik SEO akan membantu. Amalkan ketiga-tiga tips di atas setiap kali anda menulis entri supaya kedudukan blog anda di Google akan meningkat.
*credit to http://sembangweb.com
No comments:
Post a Comment