Tuesday, July 17, 2012
Monday, July 16, 2012
Medan Imam Muda 3 Ep.1 : Tak Kenal Maka Tak Cinta
Perjalanan 10 Imam
Muda untuk musim yang ketiga melangkah setapak lagi. Buat pertama kali mereka
berkumpul di studio Medan untuk sesi penilaian, rumusan dan mungkin
penyingkiran. Namun untuk minggu yang pertama, sesi yang penting bagi mana-mana
"usrah" telah dilakukan iaitu sesi pengenalan atau
"ta'aruf". Setiap seorang daripada mereka diperkenalkan kepada umum
secara terperinci.
Medan Imam Muda kali
ini juga memperkenalkan mereka kepada tugasan mingguan yang baru iaitu
pengurusan masjid. Setiap minggu, selain daripada tugasan utama yang diberikan,
mereka juga akan menjalani tugasan pengurusan masjid di lokasi-lokasi berbeza
setiap minggu.
Kelainan yang dibawa
dalam Imam Muda Musim ketiga ini juga adalah pengenalan kepada Naqib yang akan
membimbing secara khusus setiap seorang daripada Imam Muda ini. Setiap Imam
Muda diberikan seorang Naqib yang terdiri daripada barisan Imam Muda daripada
musim pertama dan kedua.
Dalam Medan Imam Muda
Musim Ketiga Episod yang pertama, tiada sebarang isu dan tema yang
dibincangkan. Ianya hanya berkisah tentang diri dan masalah Imam Muda sendiri.
Tema yang dipilih pada kali ini ialah Komunikasi Kekeluargaan,
justeru Imam Muda juga tidak terlepas daripada terlibat dengan isu-isu yang
dibincangkan ini.
ANTARA KISAH-KISAH
IMAM MUDA
IM Omar memberitahu bahawa beliau
sebenarnya ‘melarikan diri’ daripada keluarga semata-mata untuk menyertai Imam
Muda. Mengapa? Kerana beliau tidak mendapat restu daripada keluarga untuk ke
Medan Imam Muda. Adakah tindakan ‘melarikan diri’ tersebut salah di sisi agama?
Hal ini telah diulas oleh Mudir Imam Muda, Dato’ Hassan Mahmud di dalam Medan
ini.
IM Faris pula berkongsi kesedihan dengan bercerita tentang anaknya Aisyah yang bakal dibedah tidak lama lagi. Kerinduan dan kerisauan seorang ayah (IM Faris) yang tidak dapat bersama dengan isteri untuk menjaga anaknya membuatkan kami semua menitiskan air mata.
Antara babak yang menyentuh hati
penonton ialah sewaktu anak IM Faris membacakan doa kepadanya dalam panggilan
telefon yang disambungkan khas dalam Medan tersebut. Semua IM sangat tersentuh
dan menangis ketika itu termasuklah IM Jabar yang juga seorang ayah kepada 2
orang cahaya mata.
Turut mengambil perhatian ialah IM
Nasir, beliau dikenali sebagai seorang yang sangat cepat menitiskan air mata di
kalangan Imam Muda dan Krew Penerbitan. Apabila berbicara tentang ibunya, pasti
beliau sebak dan menangis. Saya sendiri ketika bertemu dengan keluarganya di
Pengkalan Susu Indonesia, turut berasa sebak ketika saat perpisahan IM Nasir
dan keluarga sebelum berangkat ke Medan Imam Muda yang penuh dengan perasaan.
Maklumlah, ibu mana yang tidak sebak apabila anaknya ingin berjuang di tempat
orang.
Itulah di antara kisah yang dapat
dikongsikan. Sesungguhnya setiap daripada kita mempunyai kisah tersendiri yang
mungkin mampu untuk memberi kesan yang baik kepada orang lain.
Wallahua’lam.
Sumber : Di Sini
Friday, June 1, 2012
10 IMAM MUDA musim KETIGA
IMAM
MUDA ADAN
|
IMAM
MUDA ARRAZI
|
IMAM
MUDA FARIZ
|
IMAM
MUDA HAFIZ
|
IMAM
MUDA JABAR
|
IMAM
MUDA MEGAT
|
IMAM
MUDA NAIM
|
IMAM
MUDA NASIR
|
IMAM
MUDA NAUFAL
|
IMAM MUDA
OMAR
|
Wednesday, January 25, 2012
Foreigner's Conversation
Kalau ada foreigner yang sesat jalan, aku memang nak sangat cakap ngan diorang. Bukan nak menunjuk nunjuk, tapi Barulah boleh test EnglishLanguage aku ni. Cakap dengan sama sama melayu, mana lh guna English kan?
Then, pelauang tiba bila aku dapat assignement untuk make a short ceonversation with that foreigner. So, It is the First time i have to make a short conversation with the foreigner.
Mula2, memanag confident gila lah nak bebrbual ngan diorang, tapi bila dah start. Hampehh.. memang diakui, diorang memang friendly, tapi aku ni yang problem. Haha, tiba je kelu lidah tanpa suara, last2, aku just dengar apa yang diorang cakap the aku just anggguk je.
Tapi yang paling best, diotang ni frindly giler. Sempat gak bagi direction kat diorang yang nak pergi ke Pasar Siti Khadijah
Yang pelik lagi, dah 6 bulan diorang kat Malaysia.. x nak balik rumah ke? Hahaha
Tak Layakkah Aku??
Sometimes, orang kat sekeliling kita selalu underestimate kita. Tak kira dari segi kemampuan kita atau pun dari aspek yang lain. Yang penting, segalannya dilihat dari segi luaran. Seingat aku, dua kali orang bagi persoalan tentang kemampuan aku. Menyangkal apa yang aku ada & don’t believe what I have got it.
Seingat aku, tahun lepas ada lah aku pergi gunting rambut kat satu kedai nih, then ada seorang lagi customer yang aku selayaknya aku paggil pak cik sedang tunggu turn. Then, tukang gunting tanya aku bila nak pergi Uitm.? Aku cakap la petang esok aku gerak la. Tahu tak apa yang customer yang tengah tunggu turn tuh cakap?
“biar betul, muka macam ni pun boleh masuk university..?”
Damn!! Tak tahu nak cakap apa, Cuma dalam hati terdetik, aku ni tak layak ke? Dah13 tahun aku belajar kat tadika,sek rendah n menengah, takkan aku x layak nak masuk universiti…?
Satu lagi masa lepas result SPM kuar. Alhamdulilah aku dapat 8A. then, masa aku g semayang kat surau kampong aku, pak imam tanya dapat berapa spm ? Aku cakap la Alhamdulilah dapat 8A. Nak tau apa seorang jemaah yang ada kat situ cakap?
“betul ke A untuk 8 subjek? ke dapat 8 kredit “?
Ni sorang lagi, apalah masalah aku pun tak tahu. Macam macam hal. Yang penting, aku dah buat sehabis baik sama ada masa sekolah or masa kat university. Then, Im satisfy with myself.
Saturday, January 14, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)