Saturday, January 29, 2011

Entri Khas for My Roomate


           Now…aku nak story tentang roommate aku dari Semester 1-5. Semester 6 nih, kitorang dah x sebilik kerana berlakunya adegan LIPAT MELIPAT antara satu sama lain. Hahaaha.. That’s why you are my friends…


                                                                       NABIL

  1st time kau kenal mamat ni adalah time kitorang jadi roommate masa part 1. Masa mula2 daftatr MMS, bilik aku just dengan Shakir & IZlan x termasuk la dengan Nabil nih masa tinggal kat DO2 dulu. Then, kami  jumpa apabila mahasiswa berpindah ke Kolej TAR. Dia tinggal kat Bachok but he always said that he live in KB..hak3…So, aku tengok Nabil nih seorang yang agak MACHO (agak lah). That’s why ramai pompuan suka kat dia…hahaha…gurau jah deh..jangan marah pulak..so, aku harap lepas ambung degree ni, kita semua berjaya dalam bidang masing2 n still contact…Amin..


                                                                       
                                                                     SHAKIR
               
          Aku kenal dengan Shakir ni masa kitorang sama2 naik bas masa daftar kat UiTM nih…tup3 kitorang sebilik pulak..haha..Shakir ini  seorang yang bijak, so, aku bnyak lah bertanya dengan dia dalam bab pengiraan nih. Thanks erk banyak membantu aku dalam pelajaran nih..hahaha…Anyway, thanks 4 be my friends…(touching x??)hak3


                                                                     IZLAN

                Izlan ini adalah kawan @ roommate aku yang paling exotic..hak3.. Sbabnya, muka dia Nampak suci je but………!!!!!!!! HAHAHA…1st time aku kenal Lan nih masa daftar kat dewan makan DO. Haha.. Apa yang melucukan masa tu lah ialah, dia senang2 je pakai  t-shirt & jeans masa daftar sedangkan semuaorang pakai baju korporat hari tuh..hahaha…agak MELUCUKAN… Masa dalam bilik pulak ayah Izlan pesan kat kitorang
“Izlan ni suka makan BUAH, nanti bawaklah dia pergi beli buah”, Kata Ayahnya.
Laa…Patut la..Suka makan buah rupanya.hahaha…NAnti aku bawakkan buah PISANG untuk kau erk…




AC110 6AB



Duduk dari kiri : Nick, Wan, Aiman, Aidil, Heikal, Nabil, Lan, Wamusya, Shakir, Hafiz
Berdiri dari kiri : nad, Fida, Nadia, Farah, Ain, Fatin, Ainul, Yuna, Raihan, Fyda, Hani
Atas dari kiri    : Afifah, Irah, Wani, Ilah, Sufi
X de dalam gambar : Khai & RUk ( p/s : masa ni diorang tengah present FAR 360)

Sekejap betul rasanya masa berlalu..Seperti baru je semalam aku mengharungi minggu MMS yang memeritkan dengan kerenah abang2 dan kakak Pm yg menyakitkan hati dan ada juga yang menggembiraka hati..Cepat betul masa berlalu…

Dan kini..aku telah pun berada di semester 6 dan merupakan semester terakhir aku sebelum aku menyambungkan pengajian aku ke peringkat yang lebih tinggi.. actually,aku x tahu lagi macam mana hala tujuan hidup aku ni, sama ada aku mahu lebih serius terlibat dalam bidang perakaunan ataupun memilih hala tuu yang lain..

Lebih kurang 4 bulan lagi,aku akan menamatkan pengajian aku dan ini menandakan yang aku x kan berjumpa lagi kawan kawan aku yang mungkin akan menyambung pengajian selain dari UiTM KELANTAN.  Antaranya  Izlan, Wamusya, Ruk, Nad & the Gang, che Tin & the Gang, Fida and others. So, I will miss u all and FORGET ME NOT.



LASTLY… FRIENDS FOR EVER

hipokrit






Telah menjadi kebiasaan aku apabila tibanya cuti musim sekolah, family aku akan bukak kanopi untuk menjual  barang persekolahan.so, aku sebagai orang yg rajin kena lah bekerja..hahaha…          (angkat Bakul kot)..
So, segala program yg telah dirancangkan oleh my friends Zulkifli Amin x dapat diikuti kerana bekerja..Sorry la semua saim2 aku kat sekolah tangok tuh sebab x join g bakar ayam..x poa lah..lain kali kalu ada pulop..aku join pulop la deh..hahaha…x dop niat nok melipat sep2 mung…hahaha

Bagi saim aku kat Uitm pulop.. Nur Aiman planning nok g TASIK KENYIR..tapi gak sampai sekarang ni x bunyi khabar berita…hahaha…pastu one day tuh. Aiman call nok ajak gi Kuala Terrngganu pulop..macam konfius jah aku nih… last2 x jadi jugak…

Actually, aku nok citer pasal some customer behavior time datang membeli pakain sekolah kat gerai aku. Adalah 2 orang adik beradik perempuan mahu membeli tudung sekolah untuk adiknya. Yang mahu membelli adalah adiknya yg mana memakai tudung labuh apabila sesi persekolahan nanti..so, aku terdengar lah perbualan mereka…

Adik :   kak… Ok dah ke tudung nih..??? Labuh dah ke..??
                    Kakak :  x tau aku…kau yang nak pakai tudung labuh..kau yang nak jadi                  ustazah..bukan aku.. kalau   kat sekolah aku,, xpakai tudung pom x po…

Terkejut aku..bulih plak kakak dia says like that..ape jenis perempuan daa…pakai tudung just ikut peraturan kat sekolah…satu lagi..dia ingat mana2 wanita yang pakai tudung labuh nih cita cita  jadi ustazah ke..???hmm..macam2 ar pompuan zaman lonih…



Wednesday, January 26, 2011

Rahsia Syaitan


Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: ” Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku.” Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). “

2. Iblis berkata:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?.” Firman Allah s.w.t yg bermaksud: “Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya.”

3. Iblis berkata lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: ” cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)”

5. Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling.”

6. Tanya iblis lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya.”

7. Kata iblis:”Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? .” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:”wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

8. kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?.” Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:”wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. “

9. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?.”Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah.”

10. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah.”

LiverpOOL - You'll Never Walk Alone






Add caption



BarCeLonA TriO







DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA



Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.


Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.



Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

  Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".



Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.



Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.



Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).

Sunday, January 23, 2011

Friends 4 Eva

Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
kerna..
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
oh oh..
Berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia…
Tiada bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…