Monday, February 14, 2011

LAGI pasal Customer


Kadang kadang ada hgak customer yang datang membeli yang membawa 1001 cerita. Ada gak yang mencuit hati, menyakitkan hati,  and so on. And one day, ada la seorang wanita dalam linkungan 30 an and her daughter datang nak membeli pakaian untuk anak lelakinya.

So, nak dijadikan citer, wanita ni maskuk,lah kedai aku, yang paling x tahannya speaking kot, hak2, kalau grammar betul x pelah jugak, ngak, macam aku je yang speaking masa MUET ahri tuh, tergagap gagap. Dan yang paling x tahannya, asyik speaking benda yang sama je,like like je. Asyik2            “ well, like mom, like daughter. Mungkin ayat ni je kot yang dia tahu.

Aku layan la mak cik nih tapi dalam bahasa melayu, aku buat x paham apa dia cakap dalam English tyuh. Kan aku balas balik dia punya speaking tuh, kan senyap x menjawab pulak. Hahaha

And, mak cik ni kata nak beli baju sekolah for her only  son. Dia cakap nak 2 @ 3 pasang. Aku pun pelik, but aku fikir maybe dia sayang sgt kat son dia. Maklumlah, anak tunggal lelaki kot. Aku pun try membusykan body bertanya kat dia kenapa mak cik nih beli banyak sangat baju untuk anak dia n jawapan yang aku terima dalam loghat Kelantan (tiba2 je tukar cakap kelate) membuatkan aku speechless…!!

“yolah, mugo anok jate ni gak, balik sekolah gak, mesti ada bekas tapak kasut atas belakang. “
“Bakpo? Kena buli ko? ( aku tanya )
Dop eh, biasalah anak jate ke, biasa lah benda gitu kalu ada tapak kasut atas blake gak, gocoh la,.kalu x dop lagu tuh gak, buke anak jate panggil, tuh BAPOK.
     
Jawapan yang agak x munasabah yang aku terima dari seorang ibu yang mengakui menyayangi anak nya. Aagak pelik la bagi aku, x tahu lah orang lain gak. Untuk seorang lelaki menjadi lelaki x semestinya menunjukkan dengan perlakuan fizikal yg boleh membahayakn diri sendiri

Harap harap mak cik tuh sdar sebelum apa2 jadi kat anak dia. Mana lah tahu anak dia kena buli ke kt sekolah.  Siapa tahu, n satu lagi, x payah lah terlalu kolot pemikiran tuh, bukak minda la jugak. Kea sesal dulu pendapatan, sesal kemudian x berguna.


Friday, February 11, 2011

Manusia, Malaikat & Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ...
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Dia Bukan Patung

Entri ni aku wujudkan untuk menjernihkan lagi hubungan kawan aku ni. Aku ada terbaca kot blog dia, yang mengatakan dia bukan patung.

 Memang betul, dia bukan patung, dia manusia yang ada hati & perasaan. Sama jugak macam K.A.  K.A buat seperti tu dalam blog nya adalah kerana  K.A x mahu dia menghadapi kesukaran pada masa hadapan. 

Mungkin pada waktu sekarang, semua orang faham dengan keadaan @ perangai dia, tapi adakah orang di sekeliling nya akan faham akan perangai nya? So, aku harap cerpen uitm-memori-tercipta-akhir yang ditulis oleh K.A akan menjadi realiti.

Dan itulah sebenarnya yang K.A mahukan terhadap si Dia. Al- maklumlah, sepanjang 3 tahun pengajian diploma nih, pelbagai kenangan pahit @ manis telah dicipta bersam.
So, penghujung pengajian ini seharusnya menjadi kenangan manis untuk semua.

Customer Not Always @ Always right ?


           
                 Actually aku berapa suka dengan phrase ‘ Customers Always right. Ad ala sebabnya aku x suka dengan phrase nih. Tapi, bagi semua orang, customer always right. Ini adalah disebabkan mereka hanya pernah memegang title menjadi customer bukannya sebagai seorang retailer.

             Kawan aku yang ambil diploma pengurusan hotel pernah cakap, 1st class dia masuk dalam kuliah tuh, satu perkara yang ditekankan ialah customr always right..hahaha… entah lah

            Kat dalam blog aku nih, aku nak ambik kesempatan memeinta maaf kat mana mana customer yang pernah berurusniaga dengan aku tuh ada terasa hati ke, apa ke. Bukan apa, bagi aku kita kena ubah persepsi terhadap seorang peniaga nih. 

Memanglah seorang peniaga mahukan keuntungan dalam perniagaan mereka, tapi x semua yang cekik darah. Dan aku ni pernah berniaga dengan family aku selalu gak disindir @ dihina olah sesetengah customer yang perasan bagus. Macam good good je. 

            Mungkin kalau masa mood aku baik, aku hanay bersabar dan menahan segala kerenah customer that is so irritating, tapi lau masa mood aku yang x berapa nak baik nihm maka keluarlah ayat macam ni…

Situasi 1
Customer            :   Dik, berapa harga payung ni?
Aku                     : RM 15 kat, kalau yang kecik tuh RM 8
Customer            : Hah? RM15, mentang2 lah musim hujan..(mencebik)!!
Aku                      : Sorry la kak deh, sya jual payung ni sama jah harga musim hujan @ musim panas. Kalau akak nak percaya  @ x, ikut suka hatilah, saya bukannya peniaaga yang cekik darah macam orang lain…!!!

Situasi 2
Customer            : Berapa harga Kasut nih.?
Aku                      : RM 28.
Customer            : Hah..? Kat Kb pom RM 18 je…Apasal mahal sangat kedai ni jual?
 (Menipu untuk dapatkan harga yang murah)
Customer            : Jolo ko kak? (main angin). Kalau gitu gak, saya ajak kak boleh x pergi beli kasut tuh, sebab saya ambik dengan supplier pom harga dia pom RM20 lebih.
Customer :          eh3, kasut jenis lain kot..

Situasi 3
Customer            : Berapa harga selipar ni?
Aku                     : RM 10 kak.
Customer            : hah, akak beli kat kedai sebelah sana pun RM 8 je.
Aku                      : So, pergilah beli kat kedai tuh.!


So, itulah antara jawapn pedas yang aku akan balas balik kalau jumpa lagi customer yang macam nih. Tapi aku x salahkan customer ni, memang hak seorang customer untuk mendapatkan harga dengan mura, tetapi mestilah dengan etika yang betul

Customer Not Always Right…!

Saturday, February 5, 2011

Taxation..!



Bercerita mengenai Taxation, aku agak suka subjek Taxation. Pada sem 5, Puan Jes yang mengajar tax 320. And pada masa tuh aku rasakan  yang Puan Jeslyn ni antara Lecturer terbaik yang mengajar aku di UiTm nih. Puan Jeslyn eorang lecturer yang agak baik, caring, and yang paling penting adalah puan seorang yang amat sporting. Best sangat. And that time, aku teramat suka akan subjek TAX ni. Tapi aku x sure lg whether aku suka akan cara Puan Jeslyn yang mengajar taxation tuh @ aku suka Subjek TAXATION sendiri…hahaha…
Masuk pula sem 6 nih, aku belajar pulak subjek taxation nih pulak. And sekarang ni, aku baru tau yang memang aku suka subjek taxation nih. Puan Muzareni pun sangat best dalam mengajar Taxation ni. Hairan betul aku, memang lecturer untuk subjek taxation nih memang best lah. Entah lah, bagi aku, subjek Akaun pun Ok, subjek Tax pom Ok, Tapi untuk Financial Accounting nih agak susah sikit kot untuk skor. MAKLUMLAH, Aku ni bukanya macam Nadia @ Ain FAthi @ Afifah yang gak terror dalam subjek Akaun nih. BAgi pelajar lelaki pulak Nik lah antara yang terror umtuk subjek Far nih. Kalau aku ada bagi tujuk ajar kepada orang lain tentang far nih, tu pun aku rujuk pada diorang ni dulu. Mana la tahu, kot2 aku bagi ajaran sesat kat diorang. Hahaha
Then, aku harap aku dapat target A untuk subjek  taxation umtuk semester ni. Amin.

Tuesday, February 1, 2011

Them

Hantu

  
Memang x percaya asenyer. Cuba korang tgok gmbar kat atas ni..perhatikan gambar penjuru atas kanan…macam gambar seseorang berpakaian seperti seorang askar tnpa kepala…betul x? gambar ni diambil oleh kawan aku Zulkifli Amin masa kat jeram pasu..lepas tu kitorang berjumpa kat kedai mee celup and then dia tunjuk gmbar nih. Menurut beliau, dia perasan gambar ni apabila menilik balik gambar ni sketika apabila selesai sesi bergambar tersebut
                So, entahlah aku pun x tahu nak percaya atau x. maybe atas kehendak individu tuh tersendiri kot nak percaya atau x…
.

 . Firman Allah s.w.t:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”.[al-Baqarah: 3]