Setelah berlalunya drama Nur Kasih, Adamaya, Ustaz Amirul & Nora Elena, sangkaa aku TV3 belum lagi berjaya menghasilkan daram drama yang hebat seperti keempat empat drama ini.
Namun, dengan ada nya drama JUVANA yang bersiaran setiap hari Isnin jam 9 malam, maka segala teka teki aku telah terjawab. Drama JUVANA memang lain dari yang lain.Ia mengisahkan Daim yang dituduh membunuh ibunya dan terpaksa dimasukkan ke dalam Sekolah Wira bakti dan selalu dibuli oleh BOTAK iaitu House Captain kat situ.
Tapi, setelah bermacam halangan ditempuh,cikgu zakiah berjaya merubah beberapa pelajar menjadi baik kecuali BOTAK. Yang hebatnya drama ini, pada episod ke 11, penonoton kelihtan boring apabila BOTAk menunjukkan sikap baik terhadap pelajar sekolah tersebut.maka, penonton akan berfikir yang kesudahan drama ini adalah static yang mana tiada konflik sebelum peleraian cerita.
Tapi pada minggu 12, para penonton tidak menjangka apabila Botak terus menjadi jahat dan juga beberapa wakta utama iaitu para guru yang selama ini berpewatakan baik menjadi sebaliknya. Cikgu Azmi, Warden raja dan Cikgu ariffin rupa rupanya adalah Syaitan yang bertopengkan manusia.
Pengarah drama ini bijak membawa penonton berteka teki akan kesudahan drama ini. Malah disetiap penghujung episiod, pengarah menerapkan babak suspen yang mana para penonton tidak mampu meneka akan kesudahan babak tersebut. Pengarah juga membuatkan jalan cerita berbeza dengan mana drama yang pernah disiarkan sebelum ini.
Tak sabar hendak menantikan kesudahan drama ini pada minggu hadapan.rate kepada drama ini ialah 10/10….memang JUVANA adalah sebuah drama lain dari yang lain. Tahniah kepada semua pelakon dan pengarah…