Friday, July 1, 2011

Sarjana Muda PERAKAUNAN



Nah, setelah hampir dua bulan kitorang tunggu untuk cek keputusan kemasukan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, maka keputusan tersebut diumumkan pada petang kelmRIN pada pukul 6.30 petang waktu tempatan.

Dan seperti yang telah dijangka oleh ramai pihak, maka dengan rasminya aku akan menyambung pengajian peringkat Ijazah sekali lagi kat UITM KELANTAN yang amat disayangi dengan kurusus IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN – wah, nama penuh tu..



Keputusan ni memang dah dijangka kot, sebab aku ni asal Kelantan, sah sah lah aku akan sambung kat Kelantan juga sebab kursus Perakaunan memamg ada kat Uitm Kelantan ni. Lainlah kalau aku sambung untuk kursus MEDIC ke, ARD & DESIGN  ke..Wah berangan sekejap kat situ..hik3..tapi sekarang ni kitorang tak dapat kolej, so sah lah kena cari rumah sewa..kat manalah nak cari. Al malklum lah, sekarang ni trend student nak duk kat luar. Malas dah nak fikirkan tentang kolej, banyak songeh betul kalau nak masuk kolej ni . kena lalui pelbagai halangan barulah dapat kolej kot…baik terus je cari rumah sewa then buat hal sendiri, x payah susah nak pergi program ke, daftar eletrik ke, sign kad outing, balik sebelum pukul 11 malam n so on.

Tapi satu yang membimbangkan ialah kursus yang aku ambil ni. Yalah, antara kursus professional kot. Kalau dah memang namamya kursus Profesional, memang susah la jawapannya. Ada juga aku tanya kat sorang senior ni macam mana dengan semester beliau pada semester pertama. So, dia cakap biasa je. Punyalah lega hati aku sampai dia sambung cakap balik yang dia repeat dua paper je…hak3..repeat dua paper pun biasa ke? Nak luruh jantung aku ni mEndengarnya..hik3

Tapi, aku akan mencuba dengan yang sebaik mungkin…demi AGAMA, NEGARA DAN BANGSA (semangat berkobar kobar)
P/S : GOOD LUCK TO ALL MY FRIENDS WALAUPUN KAT MANA ANDA MENERUSKAN PENGAJIAN WALAUPUN KAT UITM JENGKA…HAK3



6 comments: