Wednesday, July 6, 2011

KELANTAN juara LIGA SUPER



The Red Warriors dengan rasminya telah dinobatkan sebagai Juara Liga Super pada tahun ini dan menyekat kemaraan Selangor daripada menjulang kejuaran hatrik Liga Super untuk tiga musim berturut turut.

Pada malam tadi, Nur Shahrul idlan Talaha menjadi wira Kelantan apabila berjya menjaringkan dua gol untuk menewaskan pasukan Sabah dengan kemenangan 2-1.
Mat yo terelebih dahulu membuka tirai jaringan seawall minit keenam dengan tolakan mudah ke gawang Sabah. Belaiau menambahkan jaringan yang ke dua dan yang ke 19 peribadinya pada separuh masa kedua dengan jaringan cantik yang menewaskan penjaga gol Sabah.




Namun, Kelantan gagal meraih gelaran berganda yang mana Nurshahrul terpaksa akur dengan kehebatan penyerang sensasi Terengganu, Abdul hadi yahya yang berjya menghasilkan 4 gol dalam perlawanan menentang Felda United yang berkesudahan pihak kendalian Irfan bakti menang bergaya dengan 6-2. Gol yang keempat Abdul hadi yahya sudah cukup untuk meletakkan beliau sebagai penjaring terbanyak Liga Super dengan kesuluruhan 20 gol iaitu 1 gol berkelebihan meninggallkan Nor Shahrul Idlan Talaha.

Ini adalah kali pertama Kelantan meraih kejuaraan Liga super dan ini diharap dapat membangkit semangat The Red Warrior untuk menghadapi Liga Malaysia dan mempertahankan kejuaraan liga Malaysia.





Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam misi memburu gelaran Juara liga Super termasuk jurulatih, para pemain, pengurus dan yang paling penting ialah peminat yang sentiasa menjadi pemain ke 12 untuk pasukan The Red Warriors.



No comments:

Post a Comment