Ini lah salah seorang kawan baik aku. Aku kenal hafiy ini sejak dari form 1 masa kitorang sama sama kat SMKa Tok Bachok. Seorang yang mempunyai perwatakan yang baik lah boleh dikatakan.
Sekarang ni Hafiy menyambung pelajaran kat Institut Perguruan Islam Selangor. Kira hafiy ni bakal seorang guru sekoalah la. Dulu bersekolah peringkat sekolah rendah kat Sekolah kebangsaan kamil 1 iaitu sekolah yang sama umi dia mengajar.
Kalau lah aku keluar dengan hafiy, selelu je dia akan tanya benda ni kat aku :
“Bila last baca Al Quran? Pagi tadi ke kelmarin?
Kan sentap tu. Hahaha, nasib baik lah aku dapat menjawab soalan itu dengan baik.
Soalan yang lain pula ialah :
“Pukul berapa sembahyang Subuh pagi tadi? Dan aku juga dapat menjawab soalan tu dengan yakin…agak2 kul brape erk…
Kalau time aku berbual dengan dia, mesti akan rasa terbit keinsafan dalam diri aku. Hafiyakan membicarakan perihal soal agama, kematian, dosa dan pahala, perihal akhir zaman serta bagaimana hukum hukum jika seseorang hamba itu melakukan sesuatu dosa. Mungkin ini agak bagus untuk aku, tapi aku tak faham kerana ianya bersifat sementara. Mungkin aku perlu lebih bermuhasabah diri kot.
Satu yang aku suka tentang sifat dia ialah seorang pendengar yang baik. So, ada masalah je, hafiy lah yang akan menjadi mangsa. So, thanks erk bro…haha.
Thanks kawan dengan aku yang banyak songeh n masalah ni. Hope ukhwah antara semua kawan kawan aku tak akan terputus sampai bila2…
You Are The BEST
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete