Saturday, June 11, 2011

Kelantan Vs Terengganu



Tak perlulah aku bagitau kat sini bagaimanat keputusan Kelantan Vs Terengganu malam tadi. Kelantan dilihat hampir pasti mendakap piala Fa apabila jaringan cantik Nurul Azwan Roya menewaskan penaga gol Terengganu sharbinee Alawee.
Namun, kealpaan benteng pertahanan Kelantan dan kesilapan pemain pertahanan Daudsu Jamaluddin yang menjaraingkan gol sendiri  ketika perlawanan berbaki 10 saat sahaja lagi membawa perlawanan ke masa tambahan.
Dan Terengganu Berjaya menjaringkan gol dan menjulang piala Fa. Diharapkan  perlawanan malam tadi tiada unsur gejala yang tidak sihat. Maklum lah di awal perlawanan dah diuar uar dengan integrity dalam bola sepak. Perangi rasuah bola sepak.
Diharap skuad Kelantan tidak mudah putus asa. Yalah, Piala fa hanya memerlukan 7 perlawanan untuk bergelar Juara. Seharusnya, Kelantan semakin fokus untuk baki 2 perlawanan Liga super kerana Liga super memerlukan setiap pasukan mengharungi 26 perlawanan untuk dinobatkan sebagai Juara liga.
So, agak rugi lah jika Kelantan menangisi keklahan Piala fa sehingga menyebabkan mereka terlepas untuk merangkul kejuaraan Liga super.

No comments:

Post a Comment