Tuesday, July 5, 2011

Kesenian DIKIR BARAT sudah HILANG






Kenapa aku mengungkap kan kata sedimikian. Jawapan yang mudah adalah situasi di mana anda semua berada di pasar malam contohnya pasar malan di Tok Bali. Sepanjang anda berlegar legar di kawasan tersebut, adakan anda mendengar lagu lagu dikir barat yang seperti sediakala kita mendengarnya? Iaitu dikir barat yang mempunyai lirik lirik yang boleh menyentuh hati dan perasaan seperti tsunami dengan mati oh mati…
Adakaha kita akan mendengar nyanyian merdu dari penyanyi dikir barat tersohor seperti Halim yazid, Zaidi buluh perindu atau Jali Bunga Tanjung. Semestinya jawapannya adalah TIDAK.
Tidak akan kedengaran lagi dikir seperti itu, Cuma yang ada ialah nyanyian dikir yang telah diubah suai yang mana mereka lebih menekankan dengan menayangkan sekumpulan WANITA dalam klip video dikir yang beraksi ghairah dengan melengokan punggung dan dada mereka untuk tatapan UMUM terutamanya warga KELANTAN. Dan semestinya aksi sebegitu akan didatangkan dengan pakaian yang seksi iaitu skirt di paras paha dan baju yang seolah berkemban.
Dan wanita wanita tersebut tak lain tak buka ialah GADIS KELANTAN yang mana terkenal dengan sifat sopan santun dan lemah gemalai serta amat tinggi nilai keperempunannanya.
Dan irama muzik yang dinyanyikan tiada lagi bunyi irama dikir barat tradisional, tetapi dipenuhi dengan irama muzik rancak dan melalaikan. Kita juga dijamu dengan lagu lagu yang didengkan oleh insan yang mengaku bukan islam dan sentiasa berkelakuan seperti wanita walhal dia adalah seorang lelaki.
Dalam video klip tersebut, penyanyi mak nyah tersebut menari nari dengan penyaynyi lelaki sambil berpegangan tangan di tepian pantai ibarat pasangan kekasih. Tidak gelikah lelaki tesebut berkelakuan seperti seorang kekasih dengan orang yang sama jantina dengnnya.
Di harap ada pihak terbabit yang cakna akan hal ini demi memelihara kehormatan Negeri KELANTAN yang mana diketahui umum mempunyai nilai nilai kemelayuan yang tinggi dan mengamalkan nilai nilai mahmudah yakni nilai nilai yang baik sahaja.

p/s : Maaf, entri ini bukan lah hendak menjatuhkan martabat kaum wanita terutamnaya di Negeri Che Siti Wan Kembang, tetapi sekadar pendapat yang diharap dapat dikongsi oleh warga Kelantan sekalian.

4 comments:

  1. err pembetulan. kbykan tino alek siam hoki dikir tu tp gk duk kt klate. arp maklum

    ReplyDelete
  2. contoh..tapi stll kecek kelate n ore luar yg x tau akan still anggap diorang pompuan kelate..so,bagaimana ngan kajol?

    ReplyDelete
  3. salam... entry yg berguna buat saya.. TQ....
    singgah2 .... dan klik2 iklan.. sama2 jadi blogger yg berjaya.

    ReplyDelete