Sunday, June 26, 2011

FINALIST Imam Muda



 
Dilahirkan pada February 17, 1985
Seorang Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat. Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu. Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang. Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan. 

Seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.


Dilahirkan pada June 20, 1985
Salah seorang peserta Imam Muda II Astro, Imam Muda Nazrul Izwan..Seorang anak kelahiran Segamat, Johor..Nama penuh beliau ialah Nazrul Izwan bin Zolkiflee..Beliau berkelulusan Diploma Pengajian Islam dari Kolej Pengajian Islam dan Dakwah..Kini, beliau merupakan seorang Guru Besar di Sekolah Rendah Agama Rakyat Nur Al-Syahadah, Taman Terus Maju di Perak..
Beliau seorang yang peramah dan bertanggungjawab kepada masyarakat, hal ini terbukti dengan pelantikan beliau sebagai Rukun Tetangga bagi Seri Manjung IV (Fasa 3C)..Beliau juga sering menjadi Imam bagi surau serta masjid di sekitar Seri Manjung umumnya..
Beliau juga sentiasa memenuhi jemputan ceramah motivasi, kelas pengajian Al-Quran, ceramah umum yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat, pengerusi majlis, pengacara majlis dari Perak sehingga ke seluruh Malaysia, beliau sentiasa berusaha memenuhi setiap jemputan yang dikemukakan..

subhanallah, semoga Allah tetapkan hati mereka di jalan keredhaan-Nya


2 comments:

  1. dua org pendidik bakal bersaing merebut gelaran Imam Muda 2011. terbaik! semoga Allah m'berkati perjalanan hidup mereka lps ini. =)

    ReplyDelete