Friday, June 17, 2011

IMAM MUDA - Minggu Kelapan



Tema : Kematian

Kedudukan Imam Muda pada minggu yang ketujuh  :
  1. Imam Muda Fakhrul
  2. Imam Muda Nazrul
  3. Imam Muda Hassan
  4. Imam Muda Azlan
  5. Imam Muda Amar
  6. Imam Muda Fatah


Tugasan Mingguan :

Pada minggu ini, sekali lagi para Imam Muda menerima tugasan yang amat mencabar sama ada dari sudut mental mahupun fizikal. Cabarannya ialah menguruskan jenazah yang berisiko tinggi iaitu jenazah yang menghidap penyakit seperti HIV semasa hayat hidupnya. Malah, jenazah tersebut tidak dituntut oleh ahli keluarga masing masing dan hanya dibiarkan sahaja di Institut Perubatan Forensik
Maka, menjadi tanggungjawab Imam Muda untuk menguruskan jenazah tersebut dengan senpurna seperti mana dengan jenazah yang lain lain.
Pada permulaan Imam Muda, setiap imam Muda membacakan surah yasin manakala imam Muda Nazrul dan fatah bermonolog dan berbicara mengenai kematian.


Bagaimana Imam Muda menjalankan tugasan yang diberi :

Untuk tugasan minggu ini iaitu menguruskan jenazah berisiko, keenam enam Imam Muda yang masih meneruskan cabaran turut dibantu oleh empat imam Muda yang telah menamatkan perjalanan mereka dalam Imam Muda.
Mereka dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu :
Kumpulan A : Imam Muda Hassan, fatah, mujahid, Nazrul, Najdi
Kumpulan B : Imam Muda Ali, fadhli, Fakhrul, Amar, Azlan
Kedua dua kumpulan menerima setiap satu jenazah yang berisiko untuk diuruskan. Sebelum itu, Murshid menjawab pertanyaan Imam Muda Najdi yang mana pengurusan jenazah mesti diteruskan walaupun cuaca tidak mengizinkan.
Bagi kumpulan B, mereka sepakat melantik Imam Muda Amar sebagai ketua bertujuan memudahkan urusan dan kerja mereka berjalan dengan lebih lancar. Mereka membacakan doa sebelum memulakan urusan penyempurnaan jenazah. Setiap jenazah hendaklah diuruskan dengan cermat, sempurna dan juga tertib.
Kesemua Imam Muda awalnya memandikan jenazah dengan cermat denagan mengikut tunjuk ajar dari pihak JAWI. Kemudain, mereka sama sama mengkafankan jenazah sambil dibimbing oleh pihak jaWI yang lebih pakar dalam hal ini. Proses tersebut mestilah dilakukan dengan betul supaya jenazah tersebut kelihatan sempurna.
Kemudian Jenazah tersebut disembahyangkan oleh para imam Muda dan diimamkan oleh imam Muda Nazrul. Jenazah tersebut kemudiannya dibawa ke tanah Perkuburan Karak untuk dikebumikan. Proses pengebumian jenazah dibuat dengan cermat dan berhati hati. Akhir sekali, bacaan talkin oleh imam Muda Hassan dan Imam Muda amar mengakhiri proses pengurusan jenazah tersebut.


Hujah di medan Imam Muda

Imam Muda Fatah berhujah mengenai hukum meratapi kematian di tanah perkuburan adalah HARAM jika ianya adalah berlebihan seperti meraung dan meracau. Imam Muda fatah turut mengeluarkan Hadis dan menyatakan bahawa setiap manusia akan merasai kesedihan jika berlaku kematian. Malah, Rasullullah SAW sendiri beras sedih akan kematian anak baginda  yakni Ibrahim.
Manakala, Imam Muda fakrul menjelaskan hukum wanita menziarahi kubur adalah terbahagi kepada dua iaitu harus dan haram. Hukumnya jatuh kepada haram jika tidak mengikut syariat seperti tidak menutup aurat atau tidak ditemani mahram. Manakala, hukumnya harus jika menepati syariat.
Imam Muda nazrul mengeluarkan dalil tentang ada azabnya kubur. Imam Muda Nazrul menyeru kepada setiap manusia yang tidak percaya kepada azab kubur supaya bertaubat dan memohon keampunan Allah.

Alam barzakh merupakan satu taman dari taman taman syurga atau satu lubang dari lubang lubang neraka.
Imam Muda AMar menjelaskan seorang suami atau isteri yang ingin menyempurnakan mayat pasangannya adalah harus hukumnya. Nabi juga bersabda bahawa Baginda sendiri akan menguruskan jenazah isterinya jika isterinya pergi bertemu Allah SWT lebih awal dari baginda.
Imam Muda Azlan mengatakan kita hendaklah menyegerakan urusan pengebumian jenazah bagi memelihara kehormatan jenazah.
Imam Muda Hassan berhujagh bahawa jika seseorang itu tidak menuntut mayat warisnya, maka hukumnya adalah berdosa, Adalah menjadi kewajipan seseorang itu menguruskan jenazah ahli keluarganya.

Soalan imam Muda
  1. Apakah yang dimaksudkan dengan alam barzakh ?
·         Alam kubur tempat persemadian manusia sementara menunggu kedatangan hari kiamat.
  1. Apakah hikmah disebalik kebangkitan semula manusia di hari kiamat ?
·         Sebagai bukti keadilan Allah SWt dalam membalas setiap amalan manusia
  1. Apakah hukum membiarkan jenazah tanpa diurus ?
·         Haram, semua ahli Qariah akan berdosa selagi tiada orang yang menguruskannya.
  1. Jika jenazah sudah hamper reput, adakah perlu digosok tubuhnya ketika mandi ?
·         Tidak perlu jika ia dikhuatiri memudaratkan jenazah.
  1. Apakah hukum meratap ke atas si mayat ?
·         Hukum meratap ke atas mayat adalah haram.

Imam Muda Terbaik

Imam Muda Hassan sekali lagi dinobatkan Imam Muda terbaik pada minggu yang ke 8. Sebagai ganjaran, beliau menerima pakej percutian ke Indonesia. Tahniah Imam Muda Hassan..


Pengakhiran medan imam Muda

Pada penghujung imam Muda, Mudir mengumumkan  bahawa imam Muda Fatah yang akan menamatkan perjalanan mereka dalam  Imam Muda. Ini mungkin menegejutkan ramai pihak kerana memang diakui Imam Muda fatah merupakah salah seorang calon pilihan untuk melangkah ke peringkat akhir. Malah beliau juga menduduki tempat teratas sebanyak tiga kalai sebelum ini. Walaupun begitu, Imam Muda Fatah masih meneruskan pembelajaran mereka seperti biasa. Beliau  masih ke kelas untuk menerima pembelajaran daripada Murshid sehinggalah tamat program sama seperti Imam Muda yang lain.

Resolusi Imam Muda
·         Menyeru setiap muslim mempersiapkandiri menghadapi kematian dengan memperbaiki cara hidup kerana cara hidup akan menetukan cara mati kita.
·         Menyeru setiap muslim supaya membetulkan stigma mereka terhadap kematian, supaya ianay dilihat sebagai sesuatu yang positif.
·         Menyarankan setiap muslim terutamanya ketua keluarga agar mendidik ahli keluarganya supaya mengambil berat ilmu ilmu yang berkaitan denagn pengurusan jenazah.

10 comments: