Ini adalah entri yang tersangat khas yang aku nak tulis kat semua kawan kawan aku yang sangat baik dengan aku dan Mereka semua tak lain tak bukan pelajar dalam kelas B. Semua pelajar kelas B boleh dikatakan seperti sebuah keluarga kerana kami semua sama sama bergembira dan sama sama berduka. Tapi yang part berduka tu, aku tak pasti sangat sebab banyak part yang aku lalui adalah part yang gembira kebanyakannya. Sepanjang berada di kelas B nih, dah banyak program yang sama kami buat sama ada secara lansung atau tak lansung disertai oleh kami.
Antaranya ialah :
-Jamuan Hari Raya di Rumah PUAN Fadilah Yahya.
-BBQ di rumah Miss Jamilah
-Family day di pantai perkasa ( main banana boat)
-BBQ dekat BirDa
-BBQ kat Agro Resort
-BBQ kat Bukit Keluang
-Berkhemah kat Pantai Batu Burok
-Overnight kat Kota Bharu
- Menjelajah SELANGOR (akan datang)
So, diharapkan hubungan kita sebagai sebuah keluarga tak akan putus untuk selama lamanya. Nilai sebuah persahabatan amat bermakna kerana satu hubungan persahabatan itu tak akan memutuskan hubungan antara dua insan. Ini kerana, sekali kita bersahabat, selamanya kita akan bersahabat.
Maka, di sini aku secara jujurnya ingin mengatakan bahawa aku sayang korang semua pelajar group B. Segala pengalaman yang kita sama sama lalui akan aku ingat selalu walaupun kita akan mencipta pengalaman itu sekali lagi semasa peringkat ijazah nanti, hahaha. Namun, pengalaman itu akan berlaku tanpa kehadiran beberapa kawan kita yang lain.
Bagi kawan kawan aku yang pastinya kita susah untuk berjumpa & bergembira seperti dahulu, diharapkan yang korang tak akan lupakan kami di sini. Pesanan untuk sahabat itu jangan pernah kita buang dan itu adalah pengalaman terakhir kita bersama.
P/s : apasal aku nih jiwang jerk…(“,)
No comments:
Post a Comment