Saturday, May 7, 2011

IMAM MUDA - Minggu Pertama



   Sekali lagi Imam muda musim kedua berlansung pada hari jumaat pukul 9 malam di astro OASIS. Fuh, rancanagn ni memang menarik minat aku. Entah kenapa, aku rasa lebih tertarik dengan program ni berbanding dengan program nyanyian seperti AF & MENTOR. Bagi aku, rancangan realiti seperti  ini memberi kita satu pengajaran dan juga ilmu bagaimna hendak membentuk seorang lelaki yang boleh menjadi pemimpin pada masa kan datang. Bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk keluarga ,masyarakat dan Negara.

     Imam Muda musim ke 2 tampil dengan 10 orang calon imam muda yang segak dan mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup tinggi. Antaranya ialah Hassan yang merupakan seorang pensyarah di sebuah IPT. Hebat kan.. Dan seorang lagi ialah Nazrul yang baru sahaja berumu 26 tahun tapi beliau adalah seorang guru besar di sebuah sekolah. Ada juga mahasiswa IPT yang menyertai program ini iaitu Najdi. Antara peserta lain ialah Fatah, Mujahid, Amar, Ali, Fadhli & Fakrul.

    Untuk minggu pertama. Para peserta diuji dengan tema KELAHIRAN. Para Imam Muda dikejutkan dengan berita pembuangan bayi yang berlaku pada minggu tersebut. Maka, kesemua Imam Muda ini diberi tanggungjawab untuk menemubual para gadis yang telah terlanjur dan melahirkan anak luar nikah di sebuah institusi penempatan yang melindungi gadis gadis yang mengandungkan anak luar nikah. Ini bertujuan untuk menyelami perasaan mereka dan menyelongkar punca berlakunya gejala tersebut.


                       
    Alhmdulilah, kesemuanya mampu menggalas tugas yang diberi dengan baik. Pada pengakhiran siaran, terdapat 2 imam Muda yang mendapat markah yang rendah iaitu Imam Muda Ali & Mujahid. Teatapi merek tidak disingkirkan kerana program imam muda mahu melahirkan 10 Imam Muda yang unggul bukantya seorang Imam Muda yang unggul.
Diharapkan semua calon Imam Muda dapat menjalankan tugas dengan baik pada minggu ke 2 nanti. Hope korang success selalu, chaiyok2.

p/s : teringin jumpa para peserta Imam Muda Musim Pertama & Kedua.

No comments:

Post a Comment