Saturday, May 28, 2011

UEFA CHAMPION LEAGUE - FC BARCELONA




Punyalah semagat aku berjaga malam tadi semata mata nak tengok games Fc Barcelona vs Manchester united untuk merebut gelaran Uefa Champion League. Aku dah agak dah yang Fc Barcelona akan menag. Yalah kan, setakat Real Madrid pun diorang boleh ayamkan, inikan pula Manchester united.

Teams Lines Up

Barcelona: Victor Valdes, Dani Alves (Carles Puyol, 88), Javier Mascherano, Gerard Pique, Eric Abidal, Xavi Hernandez, Sergio Busquets, Andres Iniesta, Pedro Rodriguez (Ibrahim Afellay, 90), Lionel Messi, David Villa (Seydou Keita, 86).

Manchester United: Edwin van der Sar, Fabio da Silva (Nani, 69), Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Patrice Evra, Antonio Valencia, Michael Carrick (Paul Scholes, 77), Ryan Giggs, Park Ji-sung, Wayne Rooney, Javier Hernandez.

Pada pagi tadi, Barcelona membuktikan kehebatan mereka selaku kelab terbaik di dunia selepas mudah mebenam Manchester United dengan keputusan 3-1 di Wembley Stadium. Kira Manchester United kalah di laman sendiri la sebab Wembley tu kat London.


Gol Barcelona dijaringkan  oleh Pedro Rodriguez, Lionel Messi & David villa iaitu antara pemain bola sepak yang aku nak jumpa sangat sangat. . Manakala gol saguhati Manchester Untied pula dijaringkan oleh ayam tambatan mereka iaitu Wayne Rooney.



Penguasaan bola memang semestinya akan berpihak kepada team Barcelona yang mana diorang menguasai sebanyak 66% permainan.
Dengan kemenangan pada malam tadi, ini bermakna Fc Barcelona telah menjuarai Liga Juara Juara sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 tahun iaitu pada tahun 2006, 2009, & 2011.

Dan lebih manis lagi apabila Lionel Messi dianugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Messi juga mencatatkan namanya sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 13 gol. Manakala, messsi telah menjaringkan 53 gol dalam semua kejohanan pada musim 2010/2011. Pemain terbaik Duinia tuhhh…


TAHNIAH FC BARCELONA..!!!!



No comments:

Post a Comment