Wednesday, May 25, 2011

Ceritera RESULT

                                             
                                                   ini lah result terakhir diploma aku...



kelmarin ialah hari terakhir untuk rasa berdebar bagi aku cek result untuk diploma. Pada awal semester  ni, aku mempunyai pelbagai kesukaran dalam sesetengah subjek ni. Antara nya ialah Auditing, financial Accounting, danManagement Accounting. Dari awal lagi aku dah agak yang aku tak kan dapat score  untuk ketiga tiga subjek ni.

Tapi umtuk subjek lain, aku yakin dapat score untuk Taxation & Entrepeneurship. Dan bila je aku dapat tahu semlam dah boleh tengok result, Terus je aku bukak result tu, memang agak terkejut la. Mana tak nya, result aku jadi lintang pukang. Yang subjek aku yakin boleh score, tiba tiba je ia memberikan keputusan yang tak begitu baik. Tapi, bagi subjek yang aku yakin tak dapat score, malah aku sendiri takut kalau2 aku terpaksa menghadapi kegagalan untuk subjek tersebut, keputusannya adalah di luar jangkaan aku dan telahan aku selama ini  meleset. Aku dapat score untuk subjek itu..!! Dan kesimpulannya, aku tak dapat untuk mencapai CGPA 3.5.

Aku punya lah hairan macam mana benda ni boleh jadi. Aku rasa dapat jawab dah Tax & Etr hari tuh, tapi aku still bersyukur dengan keputusan ni. Syukur Alhamdulilah YA ALLAH. Terima kasih untuk semua ini.
Sebelum dapat result ni, aku dah buat perkiraanaku sendiri. Aku punya Cgpa tak sampai 3.5 pun…but almost 3.5…so, actually aku nak la result aku untuk sem ini dekan supaya aku dapat CGPA 3.5. Makna nya, aku berjaya untuk mandapat gred diploma kelas pertama walaupun ramai lagi yang dapat Anugerah naib canselor lagi. Ye lah, tiap sem hampir nak 4.0, mestilah confirm2 dapat Anugerah naib Canselor kan.

Tapi setelah difikir kan balik, memang ada hikmah aku tak berjaya untuk dekan semester ini dan menaikkkan gred Cgpa. Ini kerana, ianya akan memastikan yang aku akan still sambung belajar peringkat Ijazah di uitm Kelantan jugak. Itulah impian aku sebenarnya, belajar kat Kelantan lagi. Actually aku ada dengar senior cakap, kalu student dapat Cgpa 3.5 above, student tu akan transfer ke Shah Alam. Jadi, inilah hikmah yang aku telah dapat..
Walaupun orang kata x berkembang sebab tak keluar dari Kelantan, tapi pelbagai benda yang baik aku akan dapat jika aku still study kat Kelantan lagi. Insha Allah, jika umur masih panjang, banyak lagi masa untuk mengecapi kehidupan di Luar Kelantan yang diuar uar kan sangat berlainan dengan negeri kesayangan aku ini….

p/s : segala yang berlaku ada hikmah, sentiasa bersyukur kepada Allah SWT…

No comments:

Post a Comment