Kali ini aku nak ceritakan pengalaman aku & kawan kawan iaitu Khairul asyraf, shakir & Nabil masa kitorang pergi Kajang untuk menghadiri majlis kahwin kakak kepada Lan. So, kitorang naik bas dekat Tesco malam jumaat. Masa atas bas aku duduk dengan shakir meanwhile Khai duduk dengan Nabil. Masa atas bas, ada dua orang adik beradik ni duk depan aku, yang abang nya umur 9 tahun & adiknya umur 7 tahun. Yang lucunya, tak pasal pasal aku dengan sahakir kena layan kerenah mereka ni. Yang tak tahannya, kitorang terpaksa buat2 tidur supaya budak ni pergi tidur. Nasib baik lah berhasil tapi malang nya aku pula yang susah nak tidur atas bas tu.
Perjalanan ambil masa dalam 9 jam jugak.. Fuhhhh, letih gila kot. Dah lah tak boleh tidur atas bas tuh. Yang peliknya, nabil tak tidur pun sepanjang perjalanan tuh. Padahal kalau kat UiTM, nak pergi Machang pun sempat lagi dia tidur atas kereta. Sampai je kat hentian Putra, Shakir hantar mesej kat Lan supaya lan siap nak gi ambik kitorang kat Kajang. Kesian kat Lan, sampai sejam dia tunggu kitorang kat Kajang tuh. Apa yang aku terharu ialah bukan sebab Lan berjaga hingga pagi nak ambil kitorang, tapi Lan sanggup datang awal sejam nak ambik kitorang. Hahaha, thanks bro..!!!
Sampai je kat Umah Lan, kitorang terus je letak beg dan terus keluar makan kat kedai mamak nak makan roti canai. Balik je kat rumah, mak lan rupa rupanya dah prepare dah breakfast untuk kitorang. Yang tak tahannya, breakfast tu sebijik dengan apa yang kitorang makan kat kedai tadi. Roti canai siap dengan 3 jenis kuah lagi.
Pukul 10, aku hantar mesej kat Ainul suruh bawak kitorang jalan2. Haha, suka2 jer erk. Mujur lah ainul sporting nak bawak kitorang jalan jalan kat MINES. Aku, khai & Shakir je yang pergi coz nabil ikut Lan pergi ambil Heikal kat Damansara. Jauh tu, dalam dua jam jugak nak pergi balik. Dan untuk pertama kalinya kitorang try belajar naik KTM. Mujurlah ada akak sorang kat depan kitorang. So senang lah kitorang ikut cara akak tuh.
Mujurlah kitorang selamat sampai jugak. Lepas tu, tunggu punya tunggu Ainul, setenganh jam baru dia sampai. Yang paling menarik ialah, Ainul bawak kereta MANUAL. Wow, tabik spring lah kat komander Ainul. Tapi, memang kena tutup mata lah kalau Ainul ni bawak kereta. Takut siot, mana tak nya, Ainul x pandai nak naik bukit, menentang arus kenderaan dan nak langgar kereta orang. Siapa tak takut kalau macam tu kan? Hahhaha
Sampai je kat MINES kitorang terus tengok citer KONGSI. Citernya best tapi ending dia macam kureng sikit. Tapi citer dia best ar jugak. Tak rugi la tengok citer tuh. Lepas tu, kitorang pusing satu MINES dan pergi foodcourt. Aku dengan Khai tak makan kat food court atas alasan dah kenyang.
Lepas tu, kitorang pergi pulak kat JUSCO. Kat situ, aku dengan Khai makan kat Mc’D pulak atas alasan lapar. Then. Kitorang round2 kat JUSCO tuh nuntuk cari hadiah buat pengantin. Mujurlah kitorang jumpa satu frame gambar yang boleh tahan jugak harganya.sekurang kurangnya ada jugak hadia daripada kitorang kan? HAhaha
Then, Ainul tunjuk rumahnya kat kitorang tapi dia tak nak bagi masuk pulak. Yang tak tahnnnya, Ainul bagitahu mak dia yang dia keluar dengan lelaki yang lembut lembut je. Itu sebenarnya alasan je coz actually mak ainul tak bagi dia keluar dengan lelaki. Berani erk Ainul kau cakap kitorang lembut. Hahaha, Kitorang pergi tesco lepas tuh coz dah janji ngan Lan nak jumpa kai situ. Dekat 1 jam jugak tunggu lan kat situ, barulah dia sampai.
Pada malam tu, kitorang tolong la apa yang patut. Walaupun tak banyak yang kitorang tolong., tapi sekurang kurangnya ringan lah sikit beban mereka. Dan untuk hari kedua, pelbagai perkara yang melucukan telah berlaku…..
No comments:
Post a Comment