Friday, May 20, 2011

IMAM MUDA - Minggu Keempat







Tema : Krisis Identiti


Pada minggu ini, para imam muda telah diberi dengan satu tugasan yang agak mencabar iaitu untuk menyelami kehidupan golongan  mak nyah. Ini tentu agak membimbangkan para imam muda kerana mereka semua tiada pengalaman bersama golongan mak nyah ini.
Pada permulaan nya, para imam muda mencuba untuk berlakon sebagai seorang mak nyah. Dan lakonan imam Muda Nazrul memang sangat menggoda dan ini diakui oleh Imam Muda Ali. Kelihatan Imam Muda Ali merasa agak geli dengan telatah nazrul tersebut.

Pada hari tersebut, setiap Imam muda ditugaskan untuk menemubual dan cuba menyelami setiap hati mak nyah yang terlibat dalam program tersebut. Dan amat mengejutkan apabila setiap mak nyah tersebut menunjukkan rupa mereka dan wajah mereka tak disensor. Ini merupakan satu tindakan yang berani kerana mereka tidak malu menunjukkan rupa mereka kepada khalayak ramai.



Setiap imam muda menemubual golongan mak nyah dalam keadaaan  pelbagai. Antaranya ada yang bertudung dan dia mendakwa bahawa dia bertudung setelah clash dengan boyfriendnya. Dan ramai juga yang bertanyakan persoalan keagamaan kepada imam muda. Mujurlah para imam muda dapat menjawab soalan yang diberikan kepada mereka dengan baik.

Dalam Medan Imam Muda pula, Imam Muda Hassan telah dipilih sebagai peserta terbaik untuk minggu keempat. Ianya dikira berdasarkan kesungguhan dan semangat yang ditonjolkan oleh imam muda pada minggu ini. Sebagai ganjaran, imam muda Hassan dihadiahkan pakej perlancongan 3 hari 2 malam di Acheh, Indonesia. Tahniah Imam Muda Hassan.

Pelbagai persoalan yang ditanyakan kepada Imam Muda. Antaranya adalah pengertian khunsa yang mana ia terbahagi kepada dua. Manakala Imam Muda Amar berhujah mengatakan bahawa pada tahun 1983 majlis fatwa mengeluarkan fakta yan mana segala pembedahan yang menukar jantina adalah haram kecuali pembedahan untuk mereka yang khunsa yang mana mereka ingin membuang alat kelamin yang rosak dan membiarkan alat kelamin yang elok.

Antara soalan yang diuutarakan pada minggu ini ialah :

1.     Apakah yang dimaksudkan dengan hidayah Allah ?
-       Hidayah adalah petunjuk dari Allah yang dikhususkan kepada orang orang yang tertentu.

2.    Terangkan takrifan ajaran sesat
-       Ajaran sesat ialah ajaran yang menyeleweng dari agama islam

3.    Terangkan 3 ciri yang didapati dalam ajaran ajaran sesat di Malaysia ?
-       mengaku dirinya sebagai nabi dan mendakwa menerima wahyu.
-       Mempercayai nabi lain selain Nabi Muhammmd SAW.
-       Mendakwa semua agama adalah sama.

4.    Apakah yang dimaksudkan dengan AL- MUSAHAQAH ?
-       Wanita yang melakukan hubungna seksual dengan wanita.

5.    Sebutkan dua kesan negatif homoseksual ?
-       Tidak tertarik kepada wanita.
-       Penyakit kelamin seperti AIDS dan lain lain.





Pada penghujung program, tiga Imam muda mendapat markah terendah antara 10 imam Muda. Mereka ialah

·         Imam Muda Najdi
·         Imam Muda Ali
·         Imam Muda Fadli

Semasa Mudir Hassan ingin mengumumkan Imam muda yang bakal terkeluar, Imam muda Nazrul mencelah dan Imam Muda Nazrul telah menunjukkkan sifat setiakawan dan rasa sayang nya kepada para imam Muda apabila beliau memohon kepada dan merayu kepada Mudir agak tidak menyingkirkan ketiga tiga imam Muda tersebut. Imam muda Nazrul juga rela jika semua Imam Muda dikenakan khidmat masyarakat asalkan mereka bertiga tidak disingkirkan.

Dan setelah keputusan dibuat, Mudir dan para Murshid bersetuju untuk mengekalkan ketiga tiga Imam Muda tersebut. Dan ini sangat menggembirakan Imam Muda Nazrul dan Imam Muda yang lain. Kelihatan ketiga tiga Imam muda tersebut sebak dan menitiskan air mata  melihatkan usaha dan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh Imam Muda Nazrul.
Syabas dan Tahniah untuk Imam Muda Nazrul. Anda menunjukkkan satu contoh yang baik untuk bergelar IMAM MUDA.



Cadangan : Jangan buat penyingkiran kepada peserta Imam Muda. Beri mereka ilmu dan pengetahuan sehingga minggu ke 9. Dan untuk Final, pilih dua orang Imam Muda yang mempunyai markah tertinggi untuk bertanding di peringkat akhir.

No comments:

Post a Comment