Sekalung tahniah aku ucapkan kepada junior junior aku yang mendapat keputusan yang agak baik dalam peperiksaan yang diumumkan baru2 ini. Ada antara mereka yang mendapat keputusan yang baik dan ada juga yang kurang baik. Bagi junior aku yang mendapat keputusan yang baik tuh, congrat banyak2. Harap korang akan success kat IPT nanti.
Dan bagi yang kurang bernasib baik tuh, jangan putus asa, cuba lagi pada masa hadapan coz perjalanan hidup kita masih panjang, dan bukannya hanya terhenti setakat SPM sahaja.
Aku baik dengan junior nih coz diorang ni satu roommate dengan aku masa kat sekolah dulu. Maklumlah, masu tu, aku form4 dan diorang pulak form 1. So, sebagai junior yang agak ‘PRIHATIN’ dengan junior nya, aku selalu lah bagi nasihat & tunjuk ajar (agak lah) kat diorang ni. So, antara hasilnya ialah mereka Berjaya masa SPM ni..hahaha..( macam x de kaitan pom actually). And kat sini, aku nak mintak maaf kat mana junior yang ada aku buat salah ke sama ada aku sengaja @ x sengaja. Sama ada TERpotong cue masa beratur kat dewan makan, TERmakan makanan yang ada dalam loker, TERsuruh ambik air kat dewan makan & jugak TERsuruh belanja nasik USTAZ ZACk..Tapi, aku rasa semuanya adalah tidak sengaja coz aku mana lah biasa nak buli or buat benda x elok kat budak2 nih..hahaha
Entri ini aku tujukan kepada junior aku yang aku banyak buat benda yang tak baik & mereka mendapat keputusan yang agak baik dalam SPM baru2 ini. So, CANGRATULATION kepada :
Syide
Antara junior yang agak baik ngan aku masa dia form 1 & 2 dulu. So syide, thanks banyak2 coz tolong aku men settle kan CPU aku yang masuk virus hari tu. Nasib baik kau ada, kalau x, aku rasa aku kena beli PC yang baru kot..hahaa…eh, satu lagi, jangan lupa, lau aku gi TRISA tuh, jangan pandai2 nak suruh bayar untuk on9 erk..hahaha…gurau jer bro.. hope mung dapat pergi ke USIM tuh dan dapat belajar BAHaSA ARAB sekali lagi..hahaha…lau aku ada apa2 masalah lagi pasal PC nih, aku akan cari mung deh…eh3 one more, aku booking mung masa cuti sem untuk belajar repair computer…hahaha..So, CONGRAT DAPAT 7A SPM
IKhwan
Aku pun baik gak ngan iwe nih. Tapi kesian gak kat iwe nih, awal masuk sekolah lagi dah terima tekanan dari senior yang bernafsu pelik..hahaha…aku pun hairan. Iwe mempunyai seorang kembar iaiatu IQBAL yang mempunyai perwatakan yang amat berbeza dengan dirinya, pelik kan? Kembar macam mana tuh? Hahaha…Iwe ni seorang yang student yang agak rajin. So, no wonder lah kalau iwe dapat 5A UPSR & 9A PMR. Satu lagi, iwe nih seorang yang baik lah jugak boleh dikatakan. So iwe, thanks erk lau ada ada bagi makanan dulu masa kat asrama sama ada dengan kerelaan hati atau pun tidak..hahaha… harap2 iwe dapat sambung pelajaran kat maktab nanti. I pray for ypur SUCCESS. CONGRAT DAPAT 6A SPM
Peja
Peja ni roommate aku masa aku form 4 dulu. Seorang budak yang agak pendiam pada permulaan masuk ke asrama dan mula menunjukkan taring nya yang sebenar beberapa minggu selepas itu. Hahaha. Kat sini, aku nak mintaf maaf kat peja coz selalu aku & roommate aku yang lain memegang sesuatu yang berada kat telinga nya pada masa itu. Aku pun dah tak ingat apa yang kitorang panggil, tapi kalau tak silap kau, cotek kot. Hahaha…peja ni baik ngan akau selalu gak belanja kau dulu tapi kebanyakn nya adalah kerana terpaksa. Hahaha…sorry bro. x der niat actually, saja2 je. Eh , aku harap dapat jumpa mung before mung sambung ngaji erk, tapi mung kena mai umah aku lah deh. Hahaha.. so, CONGRAT DAPAT 8A SPM ( nak challenge Nampak,,hahaa)
Fares Alusi
Fares ni sama jugak macam peja, roommate aku masa kat SMKA Tangok dulu. Kisah fares ni lebih kurang je macam peja nih, Seorang budak yang agak pendiam pada permulaan masuk ke asrama dan mula menunjukkan taring nya yang sebenar beberapa minggu selepas itu. Hahaha..sama kan, fares seorang yang hebat main bola tampar (actually aku yang lg hebat ..haha) dan jugak mewakili Kelantan untuk peringkat kebangsaan. Dia dah smabung belajar kat Uniten. Sorry bro, x dapat jumpa mung before mung gi Uniten. Semuanaya salah mung coz x oyap ko aku.hahaha.. wei, lapar PIZZA HUT…So, congrat dapat 7A SPM.
Raja Maksum
Maksum ni pun sama jugak dengan fares & peja iaitu ex-roomate aku dulu. Satu perkara yang aku x boleh lupa tentang raja maksum ini iaalah time dia bahagikan telur puyuh pada semua roommate nya. Apa yang melucukan ialah, dia bahagikan telur tuh masa semua orang tengah tidur, macam santa claus je..hahaha…terkejut lah kitorang bila sedar2 je, ada telur puyuh kat tepi kitorang. Tiba2 kitorang terpikir, bila masa pulak kitorang bertukar jadi burung puyuh ni, siap ada telur lagi,hahaha.,so, perkara tuh memang aku akan ingat sampai bila2. So maksum, bila nak bagi telur puyuh lagi kat aku? So, CONGRAT DAPAT 9A SAPM. (lawan tauke Nampak..hahaha)
No comments:
Post a Comment