Masalah yang melanda sekarang ni ialah aku tak tahu nak buat apa untuk cuti 4 bulan nih. Aku akan daftar pula untuk kemasukan ijazah pada bulan September nih. Ini bererti yang aku tak akan dapat cuti pada bulan 12 nanti. Huh..x best lansung…so, untuk cuti 4 bulan nih, aku tak tahu nak buat apa sama ada nak berkerja atau pun hanya melepak kat rumah sambil melayan IMAM MUDA di astro OASIS.
Cuti 4 bulan ni semuanya pasal kementerian yang kononnya nak selaraskan jadual IPT kat Malaysia ni, biar sama dengan IPT kat Oversea sana. Macam2, yang susahnya student lah. Lepas tuh, kalau ada family yang nak buat event time cuti sekolah, macam mana ahli keluarga mereka yang belajar kat IPT nak join event tu? Kalau dulu senang la sebab cuti sekolah sama dengan cuti semester. Sekarang nih?
Bagi kawan aku yang kat SMKATB dulu, awal2 lagi diorang dah tak nak balik kat Kelantan coz nak sambung kerja kat KL tuh,hahaha..excited sangat. Macamlah dapat kerja gaji bribu ribu ringgit. Bagi kawan aku kat UITm pula, khai cakap nak kerja kat Muda Osman. Tapi boleh percaya ke???..hahahha… kan terkejut pulak supervisor kat sana tengok pekerja dia bawa kereta yang lebih mahal dari kereta dia sendiri. Tiba2 kot dia jadi malu & terus berhenti kerja..hahaha…boleh ke macam tuh.
Shakir pulak katanya nak jadi buruh kasar sepenuh masa dengan ayah nya. Aku nasihatkan kat shakir, x payah la kerja kat bawah panas tuh, nanti mung jadi seorang yang lain pulak. Kan susah pulak aku nak cam.hahaha, sorry bro..nabil macam biasa, jadi pelantak dan perabih nasik jerk kat umah.
Lupa pulak seorang lagi roommate yang amat ku ‘SAYANGI’ iaitu WAMUSYA. Katanya nak bekerja kat Old Town, pastu nak kerja kat kedai kek pulak, macam2 hal lah dia ni sorang. Wei, nanti abis kerja, boleh la belanja aku erk. Aku nak jugak rasa duit gaji kawan merengkap roommate tersayang nih.hahaha,
Family aku pulak bukak kedai untuk jualan Hari Raya Aidilfitri ni masa bulan puasa, memang sah aku yang kena tolong nanti. Huhu. Letih siot kerja time bulan puasa ni. Maklumlah, aku bukannya biasa buat kerja tanpa ada nasik & air nih. Dah lah tengah panas. Dicampur pulak kerenah pelanggan yan sudah pasti nya akan mengugagt kesabaran aku nanti. Wait & see je lah erk. Hahaha. So, aku harap aku tabah nanti.
InshaAllah…(Maher Zain)
Boleh jeeeee .. kerja kerja kerja . Sekarang ni kita kerja mana-mana dulu . Lepas tu , kita kerja part-time kat firma2 la pula . :)
ReplyDeletepheewwwiiitttt
ReplyDelete