Tema : Hedonisme ( Hiburam Melampau)
Kedudukan Imam Muda pada minggu yang keempat adalah :
1. IM Azlan.
2. IM Hassan.
3. IM Fatah.
4. IM Fakhrul.
5. IM Nazrul.
6. IM Mujahid.
7. IM Ammar.
8. IM Najdi.
9. IM Ali.
10. IM Fadli.
Pada minngu yang ke lima, para imam Muda sekali lagi menerima tugasan yang amat berat bagi mereka semua. Namun, itu tidak menjadi batu penghalang kepada para imam Muda
dalam proses menyampaikan dakwah kepada masyarakat.
Maka, pada minggu ini, para Imam Muda ditugaskan untuk bersua muka atau lebih kepada memberi pengetahuan tentang kesalahan Khalwat dan Zina kepada individu individu yang telah ditangkap oleh majlis Agama Islam (JAWI) kerana kesalahan berkhalwat.
Bagi imam Muda Hassan & Imam Muda Mujahid, mereka menghadapi detik yang sukar apabila pemuda yang telah ditangkap khalwat tersebut enggan bekerjasama dengan mereka. Malah, pemuda tersebut memeberitahu secra kasar yan g mana dia tidak mendapat apa apa ilmu yang berguna hasil perbincangan nya dengan Imam Muda Hassan & Mujahid. Malah, pemuda tersebut mengatakan bahawa perkara yang dibuat nya iaitu berkhalwat adalah tidak salah. Maka, imam Muda Hassan lebih menggunakan pendekatan mendengar dan imam Muda tahu bahawa ia seperti jika api bertemu api, maka ia akan terbakar.
Dalam Medan Imam Muda, para imam muda menunjukkan kehebatan mereka dalam berhujah dengan menggunakan ilmu yang telah diterokai oleh mereka. Maka, setiap persoalan yang diutarakan oleh Ustaz Zulkaranain dapat dihujah dengan begitu bijak oleh para Imam Muda dengan menggunakan dalil dalil Al Quran dan juga Hadis Hadis Rasulllulah SAW. Imam Muda Hassan berhujah mengenai Zina yang mana imam Muda Hassan mengeluarkan dalil Al Quran tentang Haramnya Zina. Manakala, imam muda Nazrul berhujah akan pengertian Khalwat. Sementara itu, Imam Muda Najdi dan imam Muda Fadli pula berhujah tentang hukum nyanyian yang mana hukum nyanyian adalah harus jika ia menepati syarat syarat yang telah ditetapkan oleh Islam. Sekiranya syarat syarat tersebut diabaikan, maka hukum nya adalah haram.
Imam Muda di Rumah Seri Kembangan.
Soalan Imam Muda pada minggu ini adalah :
- 1. Berikan definisi ringkas tentang dosa
- Doas didefinisi sebagai sesuatu yang mempunyai akibat yang tercela. Ia lahir daripada perlakuan sesuatu yang ditegah syarak iaitu maksiat.
- 2. Apakah maksud kerosakan di sisi IBN AL-QAYYIMAL-JAUZIYYAH?
- IBN AL-QAYYIMAL-JAUZIYYAH dalam kitabnya AL-JWAB AL-KAFI mengatakan bahawa maksud kerosakan ialah setiap kali manusia melakukan maksiat maka Allah menambahkan balasanNYA kepada mereka. Oleh itu maksud kerosakan yang paling zahir ialah maksiat.
- 3. Sebutkan tiga hiburan yang digalakkan oleh Nabi SAW?
- Memanah
- Berkuda
- Seni pertahankan diri
- 4. Berikan dua dalil sama ada dari Al Quran atau As sunah berhubung hukum hiburan dalam Islam.
- Surah luqman ayat 6
- Al – Waq’iah ayat 35-37
- Al-Hujurat ayat 11
- 5. Apakah hukum nyanyian dan bermain alat muzik?
- Hukum nyanyian adalah harusdan halal jika ia menepati syarat syarat yang telah ditetapkan oleh Islam. Sekiranya syarat syarat tersebut diabaikan, maka hukum nya adalah haram.
Pada penghujung Medan imam Muda, Imam muda Nzrul telah dipilih oleh Mudir Hassan sebagai Imam Muda terbaik untuk minggu yang ke 5. Tahniah kepada Imam muda Nzarul. Sebagai ganjaran, Imam Muda Nazrul mendapat percutian 3 hari 2 Malam ke bandung, Indonesia.
IMAM MUDA NZRUL
Dan Kejutan yang berlaku ialah apabila mudir mengumumkan bahawa tiada penyingkiran pada minggu ini kerana para imam Muda berusaha keras tidak tidur selama 36 jam dan juga banyak memberikan komiten semasa Khidmat masyarakat di Rumah Orang Tua Seri Kembangan dan juga membantu mangsa tanah runtuh yang melibatkan 16 penghuni Rumah Anak Yatim Hulu Langat. Al Fatihah kepada semua mangsa…
Imam muda sama menguruskan jenazah mangsa tanah runtuh
Imam Muda sama menyembahyangkan jenazah mangsa tanah runtuh
Satu kejutan lagi yang berlaku ialah, para imam Muda juga mendapat ganjaran bercuti ke Vietnam sumbangan Hiraq Marketing kerana para Imam Muda telah menunjukkan semangat dan komitemen yang tinggi dalam usaha melahirkan IMAM MUDA TERUNGGUL yang akan membantu masyarakat suatu hari nanti. INSHAALLAH
RESOLUSI IMAM MUDA minggu ke-5
1.Generasi muda digesa meninggalkan sebarang bentuk yang hiburan melampau yang boleh mendorong ke arah maksiat.
2. Memperbanyakkan hiburan yang bermanfaat yang selari dengan tuntutan syariat Islam di media media cetak dan elektonik.